Pengkritik PMX jangan salah menilai, Anwar pemimpin adil dan tegas

PUTRAJAYA – Pengkritik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersikap adil dalam membuat penilaian sebelum mewujudkan sebarang perspesi negatif terhadap pemimpin terbabit.

Ahli Parlimen PKR, R Yuneswaran, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ketika ini komited dalam mempertahankan hak untuk berhimpun secara aman, menyatakan sindiran, serta menyokong aktivisme pelajar.

“Perdana Menteri dengan jelas menggesa Universiti Malaysia Sabah (UMS) agar tidak membuang pelajar-pelajar yang terlibat dalam insiden membakar karikatur beliau semasa perhimpunan antirasuah di Kota Kinabalu hujung minggu lalu.

“Perkara itu disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir dalam satu hantaran di Facebook yang turut menambah walaupun mereka mungkin telah melakukan kesilapan, masa depan dan pendidikan mereka adalah jauh lebih penting dan harus diutamakan,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menolak dakwaan bahawa pendirian Anwar bersifat terpilih, dan menegaskan bahawa perdana menteri sentiasa lantang dalam isu-isu berkaitan.

Dalam pada itu, Yuneswaran memaklumkan, perkara itu selaras dengan pendirian Perdana Menteri yang konsisten dalam mempertahankan hak untuk berhimpun secara aman, berunsur sindiran, dan aktivisme pelajar.

Jelasnya, Anwar sendiri pernah menjadi pemimpin pelajar yang ditahan di bawah ISA selama dua tahun pada tahun 1974 ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pendidikan.

“Perlu juga diperhatikan bahawa walaupun terdapat dakwaan yang tidak berasas, Perdana Menteri secara konsisten telah bersuara lantang dan awal bulan ini mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menyemak semula larangan perjalanan terhadap seniman satira, Fahmi Reza.

“Anwar juga sebelum ini mempertahankan hak Fahmi untuk berkarya secara sindiran, apabila pada Disember lalu beliau menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju Fahmi dikenakan pertuduhan atas karya seni kontroversi yang menyindir bekas kes rasuah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, yang dilepaskan daripada pertuduhan pada tahun 2020,” katanya.

Mengulas lanjut, Yuneswaran turut menambah bahawa pada Februari lalu, Anwar mengumumkan bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) akan dipinda bagi menyokong mereka yang mahu menganjurkan perhimpunan aman.

“Semua ini mencerminkan komitmen perdana menteri terhadap keterbukaan dan semangat reformasi, dan saya berharap para pengkritiknya akan berlaku adil dalam membuat kenyataan berhubung perkara ini,” katanya.

Ahad lalu, penunjuk perasaan pelajar di Sabah menamatkan protes selama 22 jam terhadap isu rasuah dengan membakar poster bergambar Anwar yang mengandungi tulisan “Madani pelindung perasuah Sabah”.

Jurucakap Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, Fadhil Kasim berkata, kain rentang itu melambangkan kritikan tajam terhadap pentadbiran Anwar yang menurut kumpulan itu telah gagal menunaikan janji berkaitan reformasi institusi.

Susulan protes dan pembakaran poster berkenaan, polis telah menahan tiga aktivis pelajar di bawah Akta Hasutan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Kasim Muda berkata, ketiga-tiga individu itu dikenalpasti sebagai penyelaras Gempur Rasuah Sabah 2.0 iaitu Fadhil Kasim, Aliff Danial Badrul Akmal Hisham, serta Sabir Syarafuddin.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan