Keputusan STPM 2024 tertinggi dalam sejarah

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 menunjukkan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dengan catatan 0.01 mata kepada 2.85, berbanding 2.84 tahun lalu.

Ia sekali gus merekodkan pencapaian tertinggi sejak peperiksan STPM dilaksanakan.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, prestasi keseluruhan calon turut memberangsangkan dengan seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus mendapat PNGK 4.00 berbanding 1,116 calon pada 2023.

“Dari segi pencapaian PNGK calon, secara keseluruhan didapati bilangan longgokan dan peratusan longgokan calon STPM 2024 pada PNGK 3.75, PNGK 3.00, PNGK 2.75 dan PNGK 2.00 meningkat berbanding 2023.

“Dengan peningkatan bilangan calon pada PNGK, maka insya-Allah… lebih ramai calon lepasan STPM 2024 diterima masuk ke universiti awam,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2024 dan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET dan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warga Asing (SKBMW) di Dewan Besar MPM, hari ini.

Md Amin yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, prestasi calon STPM 2024 mendapat 5A dan 4A bagi setiap mata pelajaran turut meningkat.

Pelajar mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran diambil meningkat kepada 53 calon, berbanding 41 calon pada STPM 2023.

“Bilangan calon mendapat 4A turut meningkat daripada 1,087 calon pada 2023 kepada 1,228 calon.

“Peratusan calon STPM 2024 yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran berbanding SPM 2023 meningkat sedikit iaitu sebanyak 0.70 pratus atau 201 calon, iaitu daripada 75.85 peratus atau 31,516 calon pada 2023 kepada 76.55 peratus atau 31,717 calon pada 2024,” katanya.

Menyentuh prestasi 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2024, Md Amin berkata, ia merekodkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus, iaitu bagi gred C dan ke atas.

Katanya, empat mata pelajaran iaitu Ekonomi, Kimia, Matematik dan Perakaunan menunjukkan peningkatan melebihi tiga peratus dari segi lulus penuh berbanding prestasi pada 2023.

Analisis turut menunjukkan tiada mata pelajaran menunjukkan penurunan melebihi negatif tiga peratus.

Keputusan STPM 2024 dikeluarkan bermula jam 11.30 pagi tadi boleh disemak melalui platform dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam