Mohd Khalid miliki kelebihan sebagai KPN, sinar baharu perkasa integriti PDRM

PUTRAJAYA – Pengalaman luas Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebagai Pengarah Cawangan Khas memberi kelebihan kepada beliau dalam menggalas jawatan sebagai Ketua Polis Negara baharu.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, keyakinan itu khusus dalam kepakaran Mohd Khalid dalam memahami ancaman dalaman termasuk jenayah terancang, ekstremisme dan kegiatan korupsi yang berprofil tinggi.

Menurut beliau, pelantikan Mohd Khalid disifatkan sebagai pilihan tepat berdasarkan latar belakang beliau yang kukuh dalam perisikan serta keselamatan negara.

“MCW percaya pelantikan ini memberi sinar baharu kepada usaha memperkukuhkan integriti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejajar dengan harapan rakyat yang mahu melihat institusi itu bebas, telus dan berwibawa.

“Sebagai Ketua Polis Negara, harapan rakyat sangat tinggi untuk melihat PDRM menjadi sebuah institusi penguatkuasaan yang benar-benar bebas, berintegriti dan telus.

“MCW menjangkakan di bawah kepimpinan beliau, usaha memperkasa ketelusan siasatan, pengukuhan integriti dalam kalangan anggota serta pemantauan terhadap salah guna kuasa dalam pasukan akan diberi keutamaan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Sementara itu, Jais turut berharap supaya Mohd Khalid dapat meletakkan agenda reformasi institusi dan kerjasama erat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai keutamaan.

“Ini dilihat sebagai keperluan bagi memastikan PDRM menjadi barisan hadapan dalam memerangi rasuah dan menegakkan keadilan di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Mohd Khalid secara rasmi mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang tamat kontraknya.

Majlis serah terima tugas dan pemakaian lencana jawatan nombor satu PDRM itu disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Mohd Khalid yang dilahirkan pada 8 April 1965 di Manong, Perak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Comparative Laws dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ialah pegawai berpengalaman dalam bidang risikan dan keselamatan sejak mula berkhidmat dengan PDRM pada 5 April 1987.

Beliau ditempatkan di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, selepas tamat Latihan Kepolisan Am pada tahun sama.

Beliau mempunyai pengalaman berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kontinjen dan luar negara, selain pernah menjawat jawatan utama sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I serta Security Liaison Officer (SLO) London, United Kingdom.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak