Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

KUCHING – Negeri Sarawak hari ini berdukacita atas pemergian isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg awal pagi tadi.

Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.34 pagi ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Normah, Kuching pada usia 76 tahun.

Berita pemergian Allahyarhamah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, menerusi satu kenyataan di media sosial rasmi miliknya.

Majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Petra Jaya, Kuching, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

Allahyarhamah dikenali sebagai seorang wanita yang berperibadi mulia, penyayang dan komited dalam usaha memperkasa komuniti, terutamanya dalam hal ehwal kebajikan dan pembangunan wanita.

Sepanjang hayatnya, beliau sentiasa menyokong suami dalam menjalankan tanggungjawab kepada negeri dan rakyat.

Warga Sarawak dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Premier Sarawak atas kehilangan besar ini dan turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Foto: Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula