Video Acryl Sani terima bantuan kewangan fitnah, hasil teknologi AI – KP Selangor

PUTRAJAYA – Video tular memaparkan individu menyerupai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang didakwa menerima bantuan kewangan daripada seorang ‘Datuk’ adalah tidak benar.

Sebaliknya, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menegaskan video itu telah dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, polis kini sedang menyiasat secara terperinci video palsu itu yang telah dikesan menerusi TikTok pada 20 Jun lalu.

“Video terbabit yang dikaitkan dengan penerimaan bantuan kewangan daripada individu bernama ‘Datuk Abdul Ghani’ dan kononnya telah dimasukkan ke dalam bank, adalah palsu serta tidak berasas.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menegaskan Ketua Polis Negara ke-13 tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang dipaparkan dalam video itu,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Hussein memaklumkan, Acryl Sani telah membuat satu laporan polis mengenai dakwaan itu dan bekas Ketua Polis Negara itu menafikan rakaman video terbabit adalah kenyataan rasminya.

Acryl Sani

Beliau menegaskan, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihat supaya tidak menyebarkan semula video tersebut. Polis Selangor memandang serius penyalahgunaan teknologi seperti AI untuk tujuan penipuan atau fitnah yang boleh mencemarkan nama baik mana-mana pihak.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam penyebaran maklumat palsu ini,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit