Mekanisme pemantau perlindungan perlu dibentang, dinilai keberkesanan lindungi kanak-kanak

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) disaran membentangkan mekanisme pemantauan yang jelas dan telus bagi menilai keberkesanan sistem perlindungan digital bagi kanak-kanak.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, realiti ketika ini menunjukkan pelaku jenayah seksual semakin licik dan canggih, selain menggunakan teknologi dan ‘dark web’ untuk menyembunyikan jejak mereka daripada dikesan.

Menurut beliau, langkah segera pihak berkuasa serta platform media sosial untuk menutup kumpulan berkenaan wajar dihargai, namun ia masih belum memadai.

“Ini bukan kali pertama kita dikejutkan dengan insiden yang mengguris jiwa. Namun seperti biasa, tindakan sering hadir terlalu lambat.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu membentangkan laporan terbuka berkenaan kes semasa serta semua kes lampau supaya rakyat dapat meneliti perkembangan dan memastikan pertanggungjawaban terjamin.

“Beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk mendakwa kesalahan seksual dalam talian terhadap golongan ini. Langkah itu sememangnya dialu-alukan,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Sehubungan itu, Nurul Izzah memaklumkan, masih banyak jurang yang perlu dirapatkan, kelemahan yang perlu diperbaiki, dan tindakan susulan tanpa lengah demi melindungi kanak-kanak yang paling mudah terdedah kepada bahaya.

“Apa yang amat diperlukan adalah gerak kerja yang tersusun, tegas dan padu daripada agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, MCMC serta KPWKM,” katanya.

Selain itu, Nurul Izzah berkata, Parlimen perlu diberi taklimat mengenai status dan keberkesanan Unit Khas Jenayah Seksual D11, iaitu selepas setahun penubuhannya, supaya semua pihak dapat menilai kekuatan dan kekurangannya dengan jujur dan objektif.

Katanya, akses orang ramai terhadap Daftar Pesalah Seksual Kanak-Kanak, yang diwujudkan pada 2019 perlu dipermudahkan.

“Bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk melindungi. Kita boleh mencontohi semangat kerjasama rentas sempadan antara pasukan polis seperti yang ditunjukkan oleh 13 negara Amerika Latin dan tujuh negara Eropah melalui rangkaian ELIPSIA.

“Kementerian Pendidikan (KPM) juga boleh memperkasa kurikulum pendidikan kesihatan dengan memasukkan elemen keselamatan dalam talian, supaya pelajar dapat mengenal pasti pemangsa dan tingkah laku tidak wajar dalam alam maya,” katanya.

Related Posts

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) menegaskan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kekal sah, sekali gus menolak keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari