Fahmi kecam penyebaran infografik tidak tepat mengenai KPN

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengecam tindakan tidak bertanggungjawab menyebarkan infografik tidak tepat yang mengaitkan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, sebagai ahli PKR.

Menurut Fahmi, penyebaran maklumat tidak benar itu merupakan satu bentuk fitnah yang serius serta mencemarkan reputasi individu terbabit.

“Secara peribadi, saya amat terkejut dengan penerbitan infografik yang tidak tepat itu. Ia sama sekali tidak benar.

“Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah melihat Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menghadiri mana-mana acara parti seperti mesyuarat, konvensyen atau kongres PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di IWK Eco Park, Lembah Pantai, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah infografik yang memaparkan latar belakang Datuk Seri Mohd Khalid, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai pembabitannya dalam politik.

Ekoran itu, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, tampil memberi penjelasan bahawa Mohd Khalid tidak pernah menjadi ahli PKR dan tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam parti berkenaan.

Dalam pada itu, portal tempatan yang menerbitkan infografik berkenaan telah memohon maaf secara terbuka atas kesilapan tersebut.

Menurut kenyataan mereka, maklumat itu dimasukkan secara tidak sengaja, dan Mohd Khalid tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi memaklumkan bahawa penubuhan Majlis Media yang baharu dilihat berpotensi menjadi platform berkesan dalam menangani isu etika kewartawanan dan penyebaran maklumat palsu, walaupun struktur majlis tersebut masih dalam proses perbincangan.

“Kita baru sahaja menubuhkan Majlis Media. Walaupun struktur majlis ini belum diwujudkan sepenuhnya, saya melihat ia sebagai platform terbaik untuk menguruskan isu berkaitan, termasuk etika kewartawanan,” jelasnya.

Related Posts

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan identiti rasmi pejabat berkenaan. PMO dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

PETALING JAYA – Subsidi input pertanian terutama baja dan racun terus kepada pesawah melalui MyKad seperti meka­nisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA) lebih berkesan dalam aspek tadbir urus agihan bantuan. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah