Maxim serah rayuan kepada APAD, komited teruskan operasi e-hailing

KUALA LUMPUR – Maxim Malaysia mengesahkan mengemukakan rayuan rasmi kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) susulan pelbagai penambahbaikan yang dilaksanakan dalam operasi syarikat, sekali gus menyatakan komitmen untuk terus menawarkan perkhidmatan e-hailing selamat, selesa dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah APAD, Masita Mat Isa memaklumkan agensi itu telah menerima semua dokumen berkaitan daripada pihak Maxim dan kini dalam proses semakan.

“Persaingan sihat penting dalam membangunkan sektor e-hailing yang adil dan mampan. Kami yakin Maxim boleh terus menyumbang kepada pembangunan pasaran tempatan,” katanya dalam satu taklimat media pada Khamis. 

Sementara itu, Ketua Undang-undang dan Hal Ehwal Kerajaan Maxim, Chowdhury Mushfique Ahmed berkata, hanya pemandu sah dibenarkan beroperasi di bawah platform tersebut. 

Beliau turut menjelaskan kerjasama syarikat dengan lebih 25 sekolah memandu bagi membantu bakal pemandu mendapatkan lesen PSV dan EVP.

Menurutnya, Maxim turut menawarkan sistem pampasan dan bonus khas untuk menarik lebih ramai pemandu, selain menyediakan peluang pendapatan tetap bagi menyara keluarga.

Pengarah Maxim Malaysia, Musley Mohd Hazwan pula menegaskan peranan syarikat dalam menyediakan sumber rezeki kepada ribuan pemandu serta perkhidmatan pengangkutan mampu milik kepada pengguna harian di seluruh negara.

Maxim turut memperkenalkan ciri keselamatan seperti sembang dalaman yang dipantau serta fungsi penjejakan lokasi yang boleh dikongsi dengan keluarga dan rakan.

Sejak dilancarkan pada 2019, Maxim kini beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. 

Selain melabur dalam infrastruktur dan teknologi, syarikat itu juga aktif dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti bantuan bencana dan sumbangan kepada institusi kebajikan.

Syarikat itu juga menyediakan kadar khas serta perjalanan percuma secara berkala kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk golongan buta dan atlet paralimpik.

Related Posts

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berhasrat melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan siasatan bebas dalam menyiasat  penyeludupan dadah membabitkan seorang pembantu juruterbang tempatan bagi menilai semula keseluruhan prosedur sedia ada. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak