Jalan utama bandar KK tutup pada 21 Jun sempena hari jadi rasmi TYT Sabah

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan penutupan sementara beberapa jalan utama di pusat bandar sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah di sini pada 21 Jun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, penutupan jalan secara kekal dan berkala akan bermula pada Sabtu seawal pukul 5 pagi hingga 10 pagi bagi memberi laluan kepada acara perarakan rasmi yang melibatkan 80 kontinjen perbarisan dengan anggaran 10,000 peserta di Padang Merdeka.

“Penutupan ini akan melibatkan lima laluan utama menuju ke Padang Merdeka iaitu Bulatan Bunga Raya, Bulatan Capital (Bandaran), Simpang Tiga Bukit Bendera, Jalan Dewan dan simpang Jalan Padang berdekatan KFC Bandaran.

“Secara tidak langsung, laluan KK Bypass akan digunakan sepenuhnya sebagai laluan utama bagi kenderaan masuk dan keluar yang membawa peserta kontinjen perbarisan, kenderaan Menteri-menteri, Ketua-ketua Jabatan serta dif-dif jemputan,” katanya melalui kenyataan media, di sini pada Khamis.

Jelasnya, perarakan penuh akan bermula dari Jalan Dewan dan Jalan Istana dan akan berakhir di Padang Merdeka, manakala Jalan Padang akan digunakan sebagai lokasi parkir bagi kenderaan jemputan.

“Kerjasama dan toleransi semua pihak amat kami hargai demi memastikan keselamatan dan kelancaran sambutan yang penuh bermakna ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan sepanjang perarakan bagi mengelak kesesakan serta melancarkan acara rasmi tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Kinabalu di talian 088-529288.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok