Ipoh bergegar lagi: Dakwaan bunyi letupan, polis sedang siasat

IPOH – Sekali lagi, isu bunyi letupan sehingga didakwa berlaku gegaran di daerah Ipoh, sekitar jam 10.30 pagi, pada Selasa, menjadi isu hangat pada ruangan komen di media sosial.

Menurut hantaran yang dimuat naik oleh Facebook Viral Perak berbunyi “Gegaran kuat terasa area Klebang, Chemor dan sekitarnya jam 10.27 pagi tadi. Pintu rumah pun bergegar weii”.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi yang mendakwa kawasan mereka juga turut mengalami situasi sama.

Dakwa Ariffin Harun, dia merasai gegaran di kawasan kediaman ya di Bandar Baru Putra, Tanjung Rambutan, di sini.

“Di Bandar Baru Putra, Tanjung Rambutan pun ada gegar juga,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Adilah Zulkupli, juga mendakwa, kawasan Sungai Siput, di sini, turut terasa gegaran.

“Sungai Siput pun rasa. Bergegar tingkat sekitar jam 10.27 tadi,” ujarnya.

Manakala Eddie Abun pun mendakwa, punca letupan itu disebabkan ada pihak yang melakukan aktiviti pengeboman kuari di kawasan Khantan, Klebang.

“Dia orang bom kuari dekat Khantan tadi. Dekat dengan tempat kerja saya. Sampai bergegar pintu stor,” jelasnya.

Ekoran itu, ada juga yang memberi pendapat, letupan tahun lepas juga sehingga sekarang masih misteri, muncul pula letupan yang bakal menjadi misteri lagi.

Pada 21 Oktober tahun lalu, satu gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di sekitar bandar raya Ipoh antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi, Chemor dan Sungai Siput jam 11.06 pagi yang disusuli dengan bunyi dentuman kuat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh sehingga kini masih dikategorikan sebagai misteri, selain polis masih melakukan siasatan terperinci berhubung insiden itu.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, polis sedang dalam siasatan berkaitan dakwaan bunyi letupan serta gegaran terbabit.

Jelasnya, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin akan mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya menerima maklumat atau laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Kita sedang siasat,” katanya ringkas.

Related Posts

Kerajaan Persekutuan lulus RM70 juta naik taraf Bulatan Pujut 3 di Miri

MIRI – Projek menaik taraf Bulatan Pujut 3 dan pelebaran jalan sekitar kawasan itu yang bernilai RM70 juta kini melangkah ke fasa reka bentuk dan tender. Ahli Parlimen Miri, Chiew…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai bomba didakwa terima rasuah sebagai dorongan keluarkan surat sokongan

ALOR SETAR – Seorang pegawai bomba didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM11,500 pada 2024 dan tahun lalu. Tertuduh Johari Bar Azwar, 40,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan lulus RM70 juta naik taraf Bulatan Pujut 3 di Miri

Kerajaan Persekutuan lulus RM70 juta naik taraf Bulatan Pujut 3 di Miri

Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor

Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor

Pasca PRN Negeri Sembilan: Adat, institusi diraja bukan modal rebut kuasa politik – Penganalisis

Pasca PRN Negeri Sembilan: Adat, institusi diraja bukan modal rebut kuasa politik – Penganalisis

Pegawai bomba didakwa terima rasuah sebagai dorongan keluarkan surat sokongan

Pegawai bomba didakwa terima rasuah sebagai dorongan keluarkan surat sokongan

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta