Sarawak bukti model ekonomi hijau, Malaysia tampil peneraju rantau – Fadillah Yusof

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan kerjasama strategik antara negara anggota ASEAN menjadi kunci utama dalam menjayakan agenda peralihan tenaga mampan di rantau ini.

Berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN ke-43 mengenai Tenaga (43rd SOME) di Hotel Riverside Majestic pada malam tadi, beliau berkata, Sarawak menjadi pilihan tepat sebagai tuan rumah, memandangkan keupayaannya menjana tenaga boleh diperbaharui berasaskan hidro yang menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

“Sarawak bukan sekadar kaya dengan sumber semula jadi, tetapi telah membuktikan bagaimana tenaga bersih dapat dimanfaatkan secara optimum untuk pembangunan inklusif,” katanya di hadapan para delegasi dari 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog dan organisasi antarabangsa.

Menurut beliau, ASEAN Power Grid (APG) merupakan komponen utama dalam menjayakan integrasi tenaga serantau dan mewujudkan pasaran elektrik yang saling berhubung, mampu milik dan berdaya tahan.

Beliau memaklumkan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) APG yang dipertingkatkan serta pengesahan kerangka pembangunan kabel dasar laut bakal dimuktamadkan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) di Kuala Lumpur Oktober ini.

“APG bukan hanya projek fizikal, tetapi satu visi kolektif pada masa depan di mana tenaga mengalir merentasi sempadan, keselamatan tenaga dikongsi bersama dan kemakmuran dapat dinikmati secara menyeluruh,” jelasnya.

Fadillah turut menyeru kepada kesediaan politik yang lebih utuh, pelaburan strategik, kerjasama teknikal yang mendalam serta inovasi digital dan kerangka tadbir urus yang telus bagi membolehkan perdagangan tenaga rentas sempadan secara masa nyata direalisasikan.

Katanya, Malaysia kekal komited dalam usaha memperkukuh kapasiti tenaga boleh diperbaharui, meningkatkan kecekapan tenaga serta meneroka teknologi rendah karbon ke arah ekonomi yang lebih hijau.

Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada peranan rakan dialog dan organisasi antarabangsa yang menyumbang kepakaran, teknologi serta sokongan pelaburan dalam mendepani cabaran dekarbonisasi dan membina infrastruktur tenaga serantau yang lebih kukuh.

“Kerjasama pelbagai pihak inilah yang akan mempercepatkan langkah kita menuju masa depan tenaga yang bersih, selamat dan berdaya tahan,” ujarnya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta disokong oleh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) selaku penaja bersama.

Mesyuarat SOME yang berlangsung dari 16 hingga 18 Jun 2025 ini menjadi medan penting dalam merangka tindakan bersama ke arah peralihan tenaga serantau sejajar dengan aspirasi Deklarasi Kuala Lumpur ASEAN 2045.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

BETONG – Padah terlibat dalam pergaduhan akibat pengaruh alkohol, sembilan lelaki ditahan selepas dipercayai merusuh di sebuah pusat snuker di Pasar Debak pada Jumaat. Tangkapan itu susulan penularan sebuah video…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Gordon sah sertai Barcelona

Gordon sah sertai Barcelona