Johor sedia bantu pihak berkuasa tangani isu penipuan haji

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor sedia memberikan bantuan bersesuaian kepada pihak berkuasa termasuklah dalam aspek pendidikan bagi mencegah isu penipuan melibatkan jemaah haji.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Kerajaan Negeri amat dukacita dengan kejadian tersebut yang sekali lagi menunjukkan masih wujud pihak tidak bertanggungjawab memperdaya orang ramai.

Menurut beliau, tindakan agensi berkenaan yang dikatakan mengurung para jemaah dan memaksa mereka melalui jalan berbahaya bagi tujuan menunaikan ibadah haji tanpa kebenaran dan visa sah adalah suatu tindakan kejam.

“Apa yang lebih menyedihkan, ia didakwa melibatkan jemaah warga emas serta individu dalam keadaan kesihatan yang memerlukan perhatian.

“Justeru, kerajaan Johor sedia memberikan bantuan diperlukan oleh pihak berkuasa, termasuk dalam aspek mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fared berkata, pihaknya sentiasa mengikuti rapat sebarang perkembangan berkaitan jemaah yang didakwa menjadi mangsa penipuan oleh sindiket berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Fared turut menasihatkan umat Islam agar hanya mendapatkan khidmat dan nasihat daripada Tabung Haji untuk urusan ibadah haji.

“Saya menasihati waris jemaah yang menjadi mangsa agar terus bersabar dan menyerahkan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Tiada langkah pintas untuk menunaikan rukun Islam kelima. Sentiasalah berurusan dengan saluran yang sah dan diiktiraf,” tegas beliau.

Sebelum itu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tiga laporan polis berkaitan penipuan pakej haji ke atas sekumpulan warga emas yang didakwa dikurung dan dipaksa meredah laluan berbahaya di Arab Saudi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, tiga laporan polis itu dibuat oleh ahli keluarga jemaah yang berada di Malaysia.

Menurutnya, tiga laporan polis itu dibuat masing-masing dua di Mantin, Negeri Sembilan dan satu di Ayer Hitam, Johor.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan