Lori langgar trak FRU lebihi muatan ditetapkan, tidak dilengkapi GPS

PUTRAJAYA – Lori membawa batu kerikil yang terlibat dalam kemalangan membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pada 13 Mei lalu, disahkan membawa muatan 70.67 peratus melebihi had dibenarkan.

Laporan awal nahas itu yang diterbitkan Kementerian Pengangkutan pada Khamis, mendedahkan lori terbabit membawa muatan dengan kapasiti Berat Dengan Muatan (BDM) sehingga 40,960 kilogram (kg).

Katanya, BDM lori terbabit melebihi had dibenarkan iaitu 24,000kg, sekali gus menyalahi Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah 89 Kenderaan Bermotor.

“Pengurusan tenaga kinetik kenderaan adalah kritikal dalam keselamatan jalan raya. Sebagai contoh, lori dengan BDM 24,000kg pada kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) menghasilkan tenaga kinetik sekitar 833 kilojoule (kJ).

“Lori BDM 40,960kg pada kelajuan sama turut menghasilkan 1,422 kJ iaitu hampir dua kali ganda. Berat dan kelajuan lebih tinggi meningkatkan impak kemalangan serta risiko kecederaan serius,” katanya.

Dalam pada itu, laporan terbabit turut memaklumkan bahawa lori itu telah dikenal pasti gagal memenuhi keperluan pemasangan dan kefungsian sistem Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), seperti digariskan dalam garis panduan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Katanya, pihak syarikat mengesahkan sistem GPS tidak aktif, dan Surat Tunjuk Sebab berasingan dikeluarkan pada 23 Mei lalu.

“Pematuhan arahan itu selaras Perkara 11 Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) dan Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dengan pengecualian hanya diberi kepada bas sekolah beroperasi di bawah tiga daerah.

“Garis panduan berkaitan ditetapkan dalam Buku Panduan dan Kod Amalan Industri SPAD – Keselamatan Untuk Pengendali Berlesen Perkhidmatan Kenderaan Barangan, berkuat kuasa sejak 1 November 2013 (Kod 13 dan Kod 14),” katanya.

Mengulas lanjut, laporan itu memaklumkan antara kewajipan pengendali termasuk memastikan setiap kenderaan dilengkapi GPS berfungsi bagi pemantauan kelajuan dan lokasi, memantau serta mengambil tindakan segera ke atas pemandu yang memandu secara berbahaya atau melebihi had laju.

“Keperluan menyemak laporan GPS bagi setiap perjalanan, mengambil tindakan tatatertib dan atau kaunseling ke atas pemandu melakukan kesalahan lalu lintas serta menyimpan rekodnya serta mencegah sebarang manipulasi atau pemalsuan data GPS.

“Kegagalan mematuhi keperluan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(3) dan Seksyen 62 Akta 715, termasuk denda, penjara atau penggantungan/batal lesen,” katanya.

Dalam pada itu, laporan sama turut menjelaskan bahawa pemasangan sistem kamera papan pemuka (dashcam) masih belum diwajibkan ketika ini.

“Namun, APAD sedang mengemas kini garis panduan keselamatan untuk dijadikan Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Pengurusan Keselamatan) dengan pemasangan ‘dashcam’ dijangka diwajibkan bermula suku pertama 2026,” katanya.

Pada 13 Mei lalu, trak FRU membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa batu kira-kira jam 8.50 pagi.

Lapan anggota maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. Sembilan lagi cedera.

Kenderaan FRU itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bertugas sempena sambutan perayaan Chitrapournami sebelum dilanggar lori terbabit.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK