Bas langgar lori tunda: Pemandu cedera, 10 penumpang termasuk pembantu pemandu selamat

TAPAH – Seramai 10 individu termasuk pembantu pemandu sebuah bas dua tingkat terselamat dalam kemalangan melibatkan bas dan sebuah lori tunda di Kilometer 311.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi Khamis.

Bagaimanapun, pemandu bas berusia 29 tahun mengalami kecederaan selepas tersepit di bahagian tempat duduknya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 pagi sebelum mengatur gerak jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan Gopeng ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati pemandu bas tersepit di tempat duduknya, manakala sembilan penumpang dan seorang pembantu pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dua individu dalam lori tunda, iaitu pemandu dan kelindan juga dilaporkan selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, anggota bomba menggunakan peralatan khas Power Rescue Unit bagi mengeluarkan pemandu bas yang tersepit.

“Mangsa mengalami kecederaan pada kaki kanan dan telah diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Operasi menyelamat melibatkan seramai 15 anggota dan dua jentera, dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.23 pagi.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills