Rundingan tarif AS-China di UK hari ini

LONDON – Pemain industri dan penggubal dasar memberi tumpuan terhadap rundingan perdagangan peringkat tinggi antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang dijadual berlangsung di London hari ini, dalam usaha meredakan ketegangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia.

China diwakili Naib Perdana Menteri, He Lifeng, manakala delegasi AS diketuai Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent; Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick; serta Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Bagaimanapun, butiran mengenai masa dan lokasi rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Jurucakap kerajaan Britain sekadar mengesahkan bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan di United Kingdom, dan menyatakan bahawa negara itu ‘mengalu-alukan dialog berkenaan’.

Antara isu utama yang dijangka dibincangkan termasuk sekatan dikenakan Washington terhadap penjualan produk berteknologi tinggi kepada China, serta langkah balas Beijing dalam bentuk sekatan eksport terhadap mineral nadir bumi, yang kini dikuasai China di peringkat global.

Rundingan ini tercetus selepas perbincangan telefon antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping pada Khamis lalu, yang menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju untuk kembali ke meja rundingan.

Ia juga adalah pertemuan pertama antara kedua-dua kuasa sejak mesyuarat di Switzerland pada Mei lalu, yang menyaksikan pengurangan ketara terhadap kadar tarif oleh kedua-dua negara.

Related Posts

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

JEDDAH – Program Pengalaman Jemaah Arab Saudi mencatatkan pencapaian utama dalam meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah dan penziarah pada 2025, dengan menyambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas