Remaja lemas ketika mandi di Air Terjun Wong Ruan

SARIKEI – Seorang remaja perempuan berusia 20 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakannya di Air Terjun Wong Ruan, Ulu Sarikei pada Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Nur Afiqah Jemat, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya, Nurellysa Abdullah, 14, berjaya diselamatkan orang awam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.15 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei digerakkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi, PBK II TBK I Alffian Sahmat bersama empat anggota tiba di lokasi pada 4.48 petang. Setibanya pasukan penyelamat, dimaklumkan dua mangsa terlibat dan salah seorang daripadanya berjaya diselamatkan oleh orang kampung.

“Mangsa yang lemas ditemukan pada 3.45 petang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 6.13 petang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa menggunakan trak polis.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.04 malam dan turut berada di lokasi ialah pasukan polis dan petugas KKM.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok