13 pelajar UMPSA selamat, bas dinaiki rempuh belakang treler

KUANTAN – Seramai 13 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dinaiki mereka dengan sebuah treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, awal pagi tadi.

Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr Yatimah Alias berkata, pelajar itu menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke kampus di Gambang, sebelum bas terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan semua pelajar selamat tiba di pekarangan masjid UMPSA sekitar jam 4 pagi menaiki bas ganti disediakan pihak pengusaha bas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

“UMPSA turut menyediakan pek bantuan mengandungi makanan segera dan keperluan asas bagi memastikan kebajikan pelajar terus terjaga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai, memaklumkan kejadian berlaku apabila bas dipandu lelaki berusia 38 tahun di lorong kiri melanggar bahagian belakang treler yang bergerak di laluan sama.

“Seramai 28 penumpang bas dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu treler berusia 40 tahun dan kelindannya berusia 25 tahun juga tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan semua penumpang bas telah dipindahkan ke kenderaan lain untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian