Kami di sini kerana kerajaan kami gagal bertindak – Aktivis Jerman

SEORANG aktivis Jerman yang berada di atas kapal bantuan Madleen, yang sedang dalam misi memecahkan sekatan laut Israel untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, mendakwa bahawa mereka berada di situ kerana kerajaan mereka terus menyokong tindakan yang disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai oleh Israel ke atas penduduk Palestin.

“Kami di sini kerana kerajaan kami tidak bertindak. Mereka masih menyokong sekatan haram terhadap Gaza dan jenayah perang yang berlarutan sejak 20 bulan lalu – pengeboman hospital, pengeboman kanak-kanak,” kata Yasemin Acar dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, malam Ahad.

Acar menyatakan bahawa kapal mereka kini berada sangat hampir dengan perairan Gaza. Dia dan beberapa sukarelawan lain telah memadamkan video-video sebelum ini berkaitan penggera kecemasan kerana mereka berada dalam keadaan selamat.

“Kami telah dikepung oleh empat kapal tentera laut Israel, dua daripadanya menghampiri sejauh 200 meter daripada Madleen. Ini belum pernah berlaku sepanjang lapan hari lalu, sebab itu kami bunyikan semula penggera,” ujarnya, lapor Anadolu.

Acar turut memaklumkan bahawa terdapat banyak cahaya di sekitar mereka dan dua kapal Israel kelihatan berhenti dengan enjin dimatikan.

“Kami percaya ini adalah sebahagian daripada perang psikologi yang dirancang terhadap kami,” katanya.

Dia menegaskan bahawa misi mereka bukan untuk ‘menyelamatkan’ rakyat Palestin, tetapi sebagai tanda solidariti.

“Palestin akan membebaskan diri mereka sendiri. Kami hanya berdiri bersama mereka, menunjukkan bahawa mereka tidak bersendirian. Kami gunakan tubuh, solidariti dan apa sahaja yang kami ada untuk mencabar sekatan haram ini dan menamatkan kebuluran,” katanya.

Acar menyifatkan kapal itu sebagai sebahagian kecil daripada kebangkitan rakyat global dan menggesa masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada kerajaan masing-masing agar menghentikan penghantaran senjata ke Israel.

“Ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Ini bukan dunia yang patut kita wariskan kepada anak-anak kita,” katanya lagi.

“Kanak-kanak di Gaza berhak untuk hidup, bebas dan membesar dengan maruah, sama seperti anak anda. Kita tidak boleh terus berdiam diri,” tambahnya.

Menurut Acar, tugas sebenar adalah mendesak kerajaan menghentikan penghantaran senjata kepada Israel yang digunakan untuk melancarkan jenayah perang.

Seramai 12 individu berada di atas kapal Madleen, terdiri daripada 11 aktivis dan seorang wartawan.

Antara mereka ialah aktivis iklim dari Sweden, Greta Thunberg; Ahli Parlimen Eropah berketurunan Perancis-Palestin, Rima Hassan; Yasemin Acar dari Jerman; Baptiste Andre, Pascal Maurieras, Yanis Mhamdi dan Reva Viard dari Perancis; Thiago Avila dari Brazil; Suayb Ordu dari Türkiye; Sergio Toribio dari Sepanyol; Marco van Rennes dari Belanda dan wartawan Al Jazeera Mubasher, Omar Faiad, juga dari Perancis.

Misi ini dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition, sebuah inisiatif masyarakat sivil antarabangsa yang berusaha memecahkan sekatan ke atas Gaza dan menghantar bantuan kemanusiaan. Kapal sepanjang 18 meter itu berlepas dari pelabuhan Porto di San Giovanni li Cuti, Catania, Itali pada 1 Jun lalu.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan keras terhadap flotila berkenaan dengan mengarahkan tentera Israel agar melakukan apa sahaja yang perlu bagi menghalang Madleen daripada tiba di perairan Gaza.

Jurucakap tentera Israel, Effie Defrin, turut menyatakan bahawa persiapan sedang dijalankan untuk bertindak terhadap kapal bantuan itu yang menuju ke Gaza yang ketika ini mengalami kebuluran akibat serangan berterusan.

Pada 2 Mei lalu, kapal lain milik Freedom Flotilla Foundation (FFF), yang dinamakan Conscience, telah diserang oleh dron tanpa pemandu di luar pesisir pantai Malta.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar