P.Pinang pertimbang larang jual vape, sedia dengar cadangan penggiat industri

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang sedia bertemu dengan penggiat industri vape sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan larangan penjualan produk vape di negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri sudah menerima sepucuk surat daripada pihak industri vape mengenai perkara itu.

“Mereka mahu kami mendengar pandangan mereka dan kami bersedia untuk berbuat demikian.

“Saya sudah meminta ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkaitan untuk mengadakan pertemuan dengan mereka,” katanya kepada media hari ini, sambil memaklumkan beliau menerima surat itu baru-baru ini.

Chow ditemui selepas menghadiri program Hari Penemuan Kerjaya Pulau Pinang 2025 di sini petang tadi.

Bulan lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Daniel Gooi, memaklumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri bahawa Pulau Pinang mungkin mempertimbangkan larangan menyeluruh ke atas penjualan produk vape mulai tahun hadapan sekiranya penguatkuasaan di bawah undang-undang kawalan merokok yang baharu dilihat tidak berkesan.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang berkuat kuasa pada 1 Oktober tahun lalu, bertujuan memperketat peraturan terhadap penjualan, pengiklanan dan promosi semua produk merokok — termasuk rokok elektronik dan vape — di seluruh negara.

Akta itu secara khusus menyasarkan individu di bawah umur 18 tahun, dan melarang mereka daripada menjual, membeli atau menggunakan sebarang produk merokok melalui apa jua cara.

Mengulas lanjut, Chow berkata, Pulau Pinang bukan satu-satunya negeri yang sedang mempertimbangkan larangan menyeluruh terhadap penjualan produk vape, bahkan beberapa negeri lain turut meneliti pendekatan yang sama.

“Sudah tentu kita sedar akan kesan penggunaan vape secara tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan.

“Namun, ada juga isu-isu lain yang perlu diteliti. Melaksanakan larangan boleh membawa pelbagai implikasi. Ia tidak semestinya akan mengatasi gejala sosial dalam bentuk penjualan vape secara haram.

“Justeru, kita perlu mengkaji isu ini dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan