Forum Leo 2025 asah kepemimpinan belia – Abdul Karim

KUCHING – Penganjuran Forum Leo Antarabangsa 2025 disifatkan sebagai landasan terbaik dalam memupuk semangat kepimpinan dan kesukarelawanan dalam kalangan belia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penyertaan aktif pelajar dalam Lions Club dan Leo Club di sekolah menengah menunjukkan perkembangan positif.

“Saya melihat satu landasan yang cukup baik untuk anak muda yang terlibat dalam Lions Club dan Leo Club, terutama di sekolah menengah sekitar Kuching.

“Saya juga difahamkan kelab ini telah diperluas ke Brunei dan Sabah. Syabas saya ucapkan kepada para pengetua yang memberi ruang kepada pelajar menyertai kelab ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penganjuran Forum Leo Antarabangsa 2025 yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 2025 di Hotel Raia di Kuching.

Forum bertemakan Breaking Waves itu dijangka menghimpunkan lebih 300 peserta termasuk 36 buah kelab Leo dari Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan.

Antara pengisian utama forum ialah seminar kepemimpinan ‘Breaking Waves’, pentas bakat ‘Share Your Shine’, bengkel pembangunan projek, serta program pengiktirafan kepada ahli kelab cemerlang.

Forum ini juga menjadi platform memperkukuh kesinambungan kepimpinan dari Leo ke peringkat Lions, selain memupuk hubungan rentas sempadan dalam kalangan belia serantau.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan