Imuniti bukan kebal: PMX sudah lalui getir, jangan hina dengan tuduhan murahan

APABILA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon imuniti dalam satu kes sivil, segelintir pihak terus melompat kononnya beliau cuba lari dari mahkamah, takut kepada keadilan dan mahu ‘kebal’ undang-undang.

Penganalisis politik tanah air, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, naratif seperti ini seolah-olah dicipta untuk membakar emosi, bukan memahami fakta.

Tegasnya, perkara asas paling penting wajib diketahui ialah permohonan imuniti bukan satu jenayah.

“Ia bukan bermaksud mengelak mahkamah seumur hidup. Ia hanya satu proses undang-undang yang sah, tertakluk kepada pertimbangan mahkamah, dan boleh ditolak jika tiada asas.

“Jadi, persoalannya: bila PMX menggunakan hak itu, kenapa terus dituduh sebagai pengecut?” soalnya ketika dihubungi, hari ini.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, hak undang-undang tak kenal jawatan yang dimiliki individu dan tidak mempunyai kasta.

“Kalau rakyat biasa berhak mohon pelbagai jenis perlindungan dalam sistem kehakiman, dari permohonan batal saman, hingga kepada permohonan perbicaraan semula, mengapa seorang Perdana Menteri tidak boleh memohon imuniti atas kapasiti rasmi beliau?

“Kita bukan bercakap tentang kes jenayah, rasuah atau penggubahan wang haram. Ini kes sivil yang menyentuh tindakan dalam kapasiti jawatan.

“Dalam sistem demokrasi, memang wujud garis pemisah antara tindakan peribadi dan tindakan rasmi, justeru sebab itulah kewujudan prinsip imuniti wujud dalam banyak negara,” katanya.

Azhar menegaskan, permohonan imuniti Perdana Menteri dibuat melalui saluran undang-undang yang sah dan ini soal beliau lari mahu pun sembunyi daripada kebenaran.

“Ia adalah satu hak yang tersedia kepada Perdana Menteri mengikut lunas perundangan. Sama seperti orang lain, PMX berhak mohon dan mahkamah berhak menilai. Di mana silapnya?

“Ironinya, yang paling galak menuduh inilah golongan yang belum tentu sanggup menempuh apa yang PMX telah lalui.

“Seingat kita, hampir separuh hidup PMX dihabiskan di mahkamah, dalam bilik-bilik tahanan, berdepan tuduhan demi tuduhan, fitnah demi fitnah, termasuk kes-kes politik yang jauh lebih dahsyat daripada kes sivil remeh seperti sekarang,” katanya.

Mengimbau kembali, Azhar berkata, jika bercakap tentang seorang pemimpin yang telah melalui lebih 20 tahun pendakwaan, siasatan, penjara dan mahkamah, manusia yang boleh dituduh ‘takut’ kepada sistem kehakiman bukanlah sosok tubuh bernama Anwar Ibrahim.

“Sikap beliau terhadap sistem undang-undang sudah teruji berkali-kali. Beliau tidak pernah lari, tidak pernah minta dikecualikan daripada perbicaraan berat yang melibatkan harga diri dan kebebasan.

“Maka mengapa hari ini, apabila beliau mohon sesuatu yang sah dari segi undang-undang, kita segera lupa seluruh sejarah itu?

“Cukup-cukuplah main persepsi. Ini bukan soal takut atau kebal. Ini soal keadilan dan hak. Jika mahkamah tolak permohonan itu, PMX akan tetap berdepan seperti biasa, sebagaimana beliau sudah lakukan selama puluhan tahun.

“Jadi, siapa sebenarnya yang ‘above the law’ kalau bukan mereka yang hanya tahu menyalak di luar gelanggang?” soal Azhar.

Azhar turut melahirkan kebimbangan bagaimana segelintir pihak mula menggunakan isu ini untuk mewujudkan persepsi dan fitnah kononnya ini bukti PMX ‘kebal’.

“Sedangkan kebenarannya mudah, permohonan imuniti bukan keputusan muktamad, ia masih perlu dibuktikan dan diluluskan oleh hakim.

“Kalau permohonan itu ditolak, PMX tetap akan hadir di mahkamah. Tiada siapa yang boleh melangkaui undang-undang dan PMX sendiri tidak pernah menyatakan beliau harus dikecualikan daripada keadilan.

“Dalam demokrasi matang, kita tak boleh hukum pemimpin kerana menggunakan hak yang sah. Kita hanya boleh menilai berdasarkan tindakannya selepas keputusan dibuat.

“Jadi sebelum kita terus melempar tuduhan berat, mari kita tanya, adakah kita sedang menuntut keadilan atau sekadar mahu menjatuhkan seseorang yang telah terlalu lama berjuang untuk sistem ini,” katanya.

Related Posts

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

DUA gadis manis dari Semenyih memilih kelainan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menyertai sukarelawan korban di Ladang Ternakan Saville Fresh di sini, bagi merasai sendiri pengalaman menguruskan ibadah korban. Pasangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

PERMINTAAN ibadah korban yang dianggarkan mencecah RM350 juta tahun ini dilihat sebagai petunjuk positif terhadap kekuatan permintaan domestik negara selain mencerminkan kemampuan rakyat dalam melaksanakan tuntutan agama walaupun dunia berdepan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

  • By Ynom
  • May 27, 2026
Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan