Imigresen Sabah pindah 127 PATI Indonesia ke negara asal

TAWAU – Seramai 127 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia dipindah ke negara asal melalui Terminal Feri Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia, pada Selasa.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua mereka merupakan tahanan dari Depot Imigresen Tawau.

“Pemindahan itu membabitkan 105 orang lelaki, 19 wanita, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur sebulan sehingga 64 tahun.

“Kanak-kanak yang terlibat dengan program tersebut akan balik ke negara asal bersama ibu bapa atau penjaga yang sah,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Saleha, kekerapan pelaksanaan program pemindahan tahanan PATI warganegara Indonesia oleh Imigresen Sabah tertakluk dengan pengeluaran Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) secara berterusan oleh pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Malaysia.

“Sejak awal tahun sehingga semalam, seramai 1,173 orang tahanan PATI warganegara Indonesia direkodkan pulang ke negara asal melalui pengangkutan laut dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,053 orang warganegara asing yang telah berjaya dipindahkan ke negara asal.

“PATI yang dipindahkan telah dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa.

“PATI tersebut telah selesai menjalani hukuman penjara dan diperuntukkan proses pemindahan ke negara asal setelah lengkap dokumen perjalanan,” katanya.

Tambahnya, kesemua tahanan PATI ini akan disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia mengikut jenis kesalahan yang telah dilakukan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan