Tidak benar karnival Mobile Legends ganggu solat jenazah Masjid UPM

PUTRAJAYA – Tuduhan rakaman video tular yang mendakwa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) dijadikan lokasi karnival permainan video Mobile Legends ketika terdapat dua jenazah yang sedia untuk disolatkan adalah tidak benar.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, Umar Akhtar Ab Malek berkata, dakwaan itu jelas adalah fitnah dan tidak berasas yang bukan sahaja mengelirukan, namun mencetuskan salah faham terhadap pihak pengurusan masjid dan Pusat Islam UPM.

Beliau menegaskan, program tersebut merupakan aktiviti pelajar yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Islam UPM dan asalnya dijadualkan berlangsung di Bilik Smart Classroom masjid berkenaan dan bukan di ruang solat seperti yang didakwa.

“Namun begitu, berlaku pertukaran lokasi ke kawasan luar bilik tersebut disebabkan kekangan ruang semasa program berjalan.

“Penting untuk saya nyatakan, tiada sebarang jenazah berada di kawasan itu sewaktu aktiviti berlangsung.

“Jenazah yang dimaksudkan hanya tiba setelah aktiviti dihentikan serta-merta bagi menghormati situasi tersebut,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Semalam, tular video di media sosial yang mendakwa pelajar bermain Mobile Legends di masjid sewaktu terdapat dua jenazah yang menunggu untuk disolatkan.

Sementara itu, Umar mengakui bahawa penganjur wajar bertanggungjawab atas pelanggaran garis panduan penggunaan ruang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, tuduhan yang didakwa itu telah disalah tafsir sehingga mewujudkan persepsi negatif terhadap UPM

“Semua pihak agar lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang kandungan ke media sosial, khususnya perkara yang belum disahkan kesahihannya.

“Kami akan terus cakna dan bertanggungjawab dalam memantau serta menyokong inisiatif pelajar bagi memastikan keharmonian dan profesionalisme kampus sentiasa terpelihara. MPP UPM komited untuk memastikan nama baik universiti terus terjaga,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan