Kerajaan Johor salur bantuan kepada waris jemaah haji meninggal dunia

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bersetuju menyalurkan bantuan kebajikan berbentuk wang ringgit kepada waris Allahyarham Misnan Ahmad yang meninggal dunia ketika berada di Tanah Suci, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, bantuan berkenaan dihulurkan sebagai mengenang kebajikan Allahyarham selaku jemaah Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ).

Menurut Mohd Fared, pihaknya mewakili seluruh kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah dan mendokan isteri serta enam anak Allahyarham diberikan ketabahan.

“Hari ini (semalam) kita menziarahi waris Allahyarham Misnan Ahmad iaitu jemaah haji RKJ yang meninggal dunia di Mekah.

“Kita turut memaklumkan bahawa Kerajaan Johor menerusi RKJ akan menyalurkan RM8,000 bagi kebajikan Allahyarham selaku jemaah RKJ,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran Facebook rasminya ketika berkunjung ke kediaman keluarga Allahyarham di Taman Istimewa, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Abu Bakar dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru yang juga merangkap Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Farid Firuz.

Sabtu lalu, pemergian Misnan Ahmad, 60, mengejutkan banyak pihak terutama rakan setugas dan komuniti setempat.

Allahyarham merupakan pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Hairi Md Shah telah menyertai RKJ dan berlepas ke Mekah pada 15 May lalu.

Dikenali sebagai seorang yang komited dan rendah diri, Misnan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menerima rawatan di Hospital King Abdulaziz, Mekah.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung