Farmasi buru penyebar fitnah, tawar ganjaran jejak ‘ira’

KUALA TERENGGANU – Sebuah syarikat farmasi terkemuka di Pantai Timur, Lautan Sdn Bhd, kini sedang giat mencari individu yang menggunakan nama ‘ira’ setelah maklumat tidak sahih mengenai syarikat itu tular di media sosial.

Syarikat tersebut dilaporkan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat menjejaki identiti ‘ira’, individu yang dipercayai bertanggungjawab menyebarkan berita palsu tersebut.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp sebuah dakwaan yang disebarkan oleh ‘ira’ menyatakan bahawa Farmasi Lautan, yang beribu pejabat di sini, telah menukar label ubat-ubatan yang telah tamat tempoh di rangkaian farmasi mereka.

Berita palsu ini menimbulkan kekeliruan dan menjejaskan imej syarikat dan mereka telah membuat laporan polis berkaitan penyebaran berita palsu tersebut.

Pihak Farmasi Lautan menjelaskan, berita sebenar yang melibatkan mereka adalah mengenai hukuman denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Hukuman tersebut adalah berpunca daripada kesalahan label harga, dan bukannya berkaitan dengan penjualan ubat-ubatan tamat tempoh seperti yang didakwa.

Kejadian penyebaran berita palsu ini amat dikesali oleh pihak Farmasi Lautan. Mereka menegaskan bahawa insiden ini menjejaskan reputasi syarikat yang telah dibina selama 40 tahun dalam industri farmasi peruncitan.

Untuk rekod, Farmasi Lautan merupakan antara rangkaian farmasi runcit utama yang beroperasi di Terengganu dan Kelantan, dengan beberapa cawangan di kedua-dua negeri tersebut.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan