Atitih Yatih Robert dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2025

PENAMPANG – Finalis Unduk Ngadau Daerah Kecil Tamparuli, Atitih Yatih Robert dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025, menewaskan 50 finalis lain sempena Pesta Kaamatan yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, pada Sabtu.

Atitih, 26, menerima mahkota Unduk Ngadau, piala, selempang dan hadiah wang tunai RM15,000 yang disampaikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin yang diiringi isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag serta Pengerusi Bersama Unduk Ngadau Kaamatan iaitu Datuk Joanna Kitingan dan Dr Mary Gambidau.

Naib johan pula dimenangi oleh Elka Alika Pijeh yang mewakili daerah Tambunan dan membawa pulang trofi, wang tunai RM12,000 serta hadiah iringan.

Manakala Celarin Jenny, yang mewakili Kiulu, di tempat ketiga untuk membawa pulang trofi, wang tunai RM10,000 dan hadiah iringan.

Unduk Ngadau tahun ini menyaksikan beberapa penambahbaikan termasuk penggunaan penterjemah khas bagi peserta yang menyampaikan Q&A dalam bahasa Murut dan Lundayeh sebagai usaha memperkasa kepelbagaian bahasa sukuan di Sabah.

Terdahulu pada pagi Sabtu, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkenan menyempurnakan majlis penutup Sambutan Pesta Kaamatan dengan acara ‘mengomot’ atau menuai padi dan pukulan gong sebanyak tujuh kali.

Manakala pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang