Polis tahan ‘tokan dadah’ bersama ganja 69 kilogram

PUTRAJAYA – Polis menahan seorang lelaki disyaki ‘tokan dadah’ dan merampas ganja seberat 69.82 kilogram dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Melawati, dekat Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, ketika pemeriksaan di rumah itu, polis menemukan 66 ketulan mampat dipercayai ganja bernilai RM216,457 dalam sebuah kereta Toyota Vellfire.

Beliau berkata, suspek berusia 44 tahun dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak November lalu.

“Suspek mempunyai dua rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah.

“Siasatan lanjut mendapati dadah berkenaan dibawa masuk dari negara jiran melalui sempadan Perlis sebelum dibawa ke Lembah Klang untuk pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mat Zani berkata, polis turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 ke atas motosikal jenis Ducati milik suspek dianggarkan bernilai RM29,500 menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM245,957.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah.

“Dia kini direman tujuh hari (hingga 5 Jun) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Related Posts

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

PUTRAJAYA – Pelaksanaan latihan ketenteraan tertakluk kepada prosedur kelulusan yang ketat di samping penyelarasan turut dilakukan bersama kementerian dan agensi berkaitan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan memaklumkan, bagi kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah warga tempatan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid