25,000 pengunjung rai Sambutan Kaamatan lambang perpaduan rakyat Sabah

PENAMPANG – Sambutan Pesta Kaamatan menyerlahkan peranan penting setiap individu dalam menjayakan perayaan ini sebagai lambang perpaduan rakyat Sabah.

Kehadiran lebih 25,000 pengunjung daripada pelbagai kaum menunjukkan keharmonian dan perpaduan di negeri ini.

Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Tan Sri Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata, perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Pesta Kaamatan merupakan platform penting yang menyatukan rakyat pelbagai kaum di Sabah agar terus bersatu padu, bekerjasama serta memelihara budaya masing-masing.

“Pesta Kaamatan turut memberi impak positif dalam sektor pelancongan.

“Pesta ini membawa makna yang sangat mendalam dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.

“Ia juga menjadi jambatan penting yang menghubungkan Sabah dan Malaysia ke pentas dunia di samping memperkukuh industri pelancongan serta merancakkan ekonomi tempatan,” katanya dalam ucapannya semasa Majlis Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Tiong King Sing; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya dan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Dalam majlis tersebut, Tun Musa, Hajiji dan barisan kepimpinan negeri turut menyertai upacara mongomot (menuai padi) sebelum memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik penutupan rasmi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025.

Selain upacara mongomot, turut diadakan magavau iaitu upacara khas sebagai tanda terima kasih kepada semangat padi oleh Pertubuhan Bobolian Negeri Sabah, persembahan koir, tarian tradisional dan persembahan juara Sugandoi.

Sebelum berangkat pulang, Tun Musa berkesempatan melawat rumah-rumah tradisi pelbagai etnik yang dibina di Kampung Kebudayaan Koisaan (KCV).

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan