Jangan seleweng fakta isu ‘tong gas ungu’

ISU ‘tong gas ungu’ kononnya bakal membebankan peniaga kecil adalah satu bentuk penyelewengan fakta oleh pembangkang yang merisaukan.

Perkara ini sudah dijelaskan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Menteri bertanggungjawab, Datuk Armizan Mohd Ali juga sudah menerangkan secara terperinci.

Namun, beberapa pemimpin pembangkang mempersoalkan kewajaran untuk peniaga kecil menukar tong gas yang mereka gunakan.

Adakah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari tidak membaca segala penjelasan diberikan pihak berkaitan.

Dia yang juga Ketua Penerangan Pas melalui satu kenyataan menggambarkan bahawa arahan penggunaan ‘tong gas ungu’ itu seperti ‘rompakan’ oleh Kerajaan MADANI.

Untuk Ahmad Fadhli, kita ingin menawarkan penerangan paling ringkas supaya dia mudah faham dan boleh hadam maklumat ini.

Adakah kerajaan tidak membenarkan peniaga kecil menggunakan tong gas berharga RM26? Jawapannya ialah tidak benar sama sekali.

Peniaga kecil boleh terus menggunakan tong gas biasa selagi mana perniagaan mereka hanya memakai tidak lebih tiga tong gas sehari.

“Jika guna lebih daripada itu, dianggap berskala komersial dan tidak lagi layak menggunakan tong gas bersubsidi,” jelas KPDN.

Adakah peniaga dipaksa guna tong gas komersial? Tidak sama sekali. Walaupun sebenarnya tong gas subsidi disasarkan untuk kegunaan isi rumah dan peniaga kecil.

Persoalan seterusnya berkaitan permit untuk penggunaan lebih daripada tiga tong gas akan menyusahkan peniaga.

Tapi, sedarkah bahawa syarat permit ini sudah diperkenalkan sejak tahun 2021 ketika wakil Pas adalah sebahagian daripada kerajaan Persekutuan.

Maka, secara mudah dan ringkas bolehlah kita sifatkan segala ‘kerisauan’ pasukan pembangkang itu hanyalah ‘stunt’ politik semata-mata.

Kepada peniaga kecil di seluruh negara, janganlah anda terasa bimbang dengan penyebaran dakyah tidak tepat oleh pihak tertentu.

Terus dapatkan maklumat tepat daripada KPDN supaya tidak berlaku salah faham hingga menjejaskan perniagaan anda.

Related Posts

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

KERAJAAN Negeri Terengganu wajar diberikan kredit apabila baki hutang awam negeri berjaya dikurangkan dengan ketara. Namun, apabila angka itu digunakan sebagai bukti bahawa hampir RM800 juta hutang berjaya “dilunaskan” semata-mata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan