Dr Kamarul Zaman diperintah bayar RM400,000 fitnah Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff diperintah membayar ganti rugi RM400,000 kepada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berhubung dua hantaran fitnah dalam laman sosial Facebook lapan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aliza Sulaiman memutuskan demikian selepas membenarkan saman fitnah yang dikemukakan Hannah terhadap  Kamarul Zaman selain mendapati Menteri Belia dan Sukan itu berjaya membuktikan kesnya.

Bagaimanapun semasa prosiding, Kamarul Zaman tidak hadir ke mahkamah.

Ia membabitkan ganti rugi am dan teruk, membabitkan RM200,000 bagi setiap penerbitan selain Mahkamah turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM80,000 kepada Ahli Parlimen Segambut itu selaku plaintif.

Bagaimanapun, Hakim, Aliza tidak membenarkan permohonan plaintif supaya Dr Kamarul Zaman selaku defendan memohon maaf kerana berpendapat, ia tidak akan menjadi ikhlas.

Berdasarkan saman yang difailkan pada 2022, Hannah selaku plaintif berkata, Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei, 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.

Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah “Becoming Hannah: A Personal Journey” bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

Dalam kenyataan pembelaannya, Kamarul Zaman berkata kedua-dua hantaran Facebooknya tidak berunsur fitnah dan mempunyai alasan yang kuat.

“Sebagai seorang pensyarah dan seorang Muslim, saya mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku itu memandangkan saya bimbang mereka mungkin terpengaruh dengan Kristian dan sebagai seorang penganalisis politik, saya mempunyai hak untuk mengulas mengenai isu politik di Malaysia”.

Sementara Hannah Yeoh dalam keterangannya semasa perbicaraan memberitahu bahawa bukunya bertajuk `Becoming Hannah: A Personal Journey’ diulang cetak sebanyak 18 kali dan tidak pernah diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Hannah yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, buku itu merupakan autobiografi tentang kehidupannya termasuk pengalaman peribadi dan penglibatan dalam politik

“Tiada bukti bahawa mana-mana orang Islam telah terpesong akidah dengan membaca buku berkenaan dan perkara itu telah disahkan oleh pemimpin Islam di negara ini.

“Hantaran-hantaran Facebook Kamarul Zaman antara 10 Mei dan 17 Mei 2017 jelas berniat untuk menyinggung perasaan, menghina dan memfitnahnya,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibahaskan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok. Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan