Lambakan durian tiruan, pekebun P.Pinang diminta daftar Track and Trace

GEORGE TOWN – Lebih 200 pekebun durian di Pulau Pinang diminta segera mendaftar dengan Jabatan Pertanian bagi menggunakan sistem pemantauan pintar Track and Trace dalam usaha membanteras lambakan durian tiruan, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap keaslian rasa raja buah di negeri ini.

Teknologi Track and Trace merupakan platform pintar yang membolehkan setiap peringkat proses pengeluaran durian direkod dan dipantau bagi menjamin ketulenan serta kualiti buah berkenaan.

Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, teknologi tersebut dibangunkan dengan kerjasama MIMOS Berhad yang mempunyai pengalaman dalam sistem penjejakan termasuk ketika pelaksanaan program vaksinasi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini.

Menurutnya, menerusi sistem itu setiap durian akan dilengkapi dengan kod QR yang ditanda dari ladang hingga ke tangan pembeli.

“Pengguna hanya perlu mengimbas kod tersebut untuk mengesahkan asal usul durian yang dibeli,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di KOMTAR di sini hari ini.

Fahmi berkata, setakat ini seramai 50 hingga 60 pekebun telah menyatakan komitmen untuk menggunakan sistem berkenaan, manakala 20 lagi pekebun berskala besar sudah mendaftar.

“Tag sudah tersedia dan pelaksanaan akan bermula serta-merta pada 1 Jun ini. Kita akan bantu pekebun mendapatkan tag tersebut secepat mungkin.

“Pendaftaran boleh dibuat menerusi Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) atau pejabat Exco,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut mencadangkan supaya penggunaan sistem penandaan itu dijadikan syarat wajib sebelum pekebun dibenarkan menjual durian.

“Justeru, kemudahan seperti bantuan, promosi dan penyertaan dalam program kerajaan hanya diberi keutamaan kepada pekebun yang mematuhi pelaksanaan sistem ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Festival Durian Pulau Pinang yang dijadualkan bermula pada 23 Jun ini juga akan mewajibkan penggunaan sistem penandaan tersebut dalam kalangan peserta.

“Langkah ini bukan sahaja melindungi pengguna agar dapat membeli durian berkualiti pada harga berpatutan, malah turut membantu pekebun membina reputasi dan mengembangkan pasaran termasuk ke luar negara seperti China,” katanya.

Jelasnya lagi, pekebun yang ingin menyertai program itu perlu mengemukakan maklumat pemilikan tanah yang sah serta dokumen berkaitan ketika proses pendaftaran.

“Permohonan tag juga mestilah dibuat sendiri oleh pekebun dan bukan melalui orang tengah,” katanya.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas