Fahmi hargai peranan media bangunkan negara

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional 2025 kepada seluruh pengamal media tanah air, sambil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Fahmi menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen wartawan dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan beretika kepada rakyat.

“Selamat menyambut Hari Wartawan Nasional 2025, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua pengamal media,” kata Fahmi di Instagram pada Khamis.

Beliau turut menekankan bahawa kebebasan media yang bertanggungjawab adalah asas penting dalam sesebuah negara demokrasi, dan peranan wartawan dalam memperkukuh masyarakat berpengetahuan tidak boleh dinafikan.

“Teruskan usaha anda untuk menyampaikan berita dengan baik, tepat, beretika, demokrasi yang sihat, berpaksikan bukan hanya media yang bebas tapi juga media yang bertanggungjawab. Insya-Allah kita jumpa di Hari Wartawan Nasional 2025,” katanya.

Hari Wartawan Nasional disambut setiap tahun bagi mengiktiraf sumbangan warga media dan memperkukuh jalinan antara kerajaan dan industri kewartawanan.

Terdahulu, Fahmi memaklumkan bahawa majlis prapelancaran sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada 3 Jun depan.

Pada majlis tersebut, tema serta logo rasmi sambutan tahun ini akan diumumkan, sebagai penghormatan kepada seluruh pengamal media di Malaysia.

Mengambil kira Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025, beliau berkata, sambutan kali ini akan melibatkan penyertaan pelbagai wakil media dari seluruh rantau Asia Tenggara.

HAWANA 2025 dijadual berlangsung pada bulan Jun, dengan Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah rasmi bagi acara berprestij tersebut.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar