Sindiket guna pelbagai modus operandi untuk bolos sempadan

PADANG BESAR – Helah licik sindiket penyeludupan menggunakan pelbagai modus operandi untuk membawa masuk barangan tidak berkastam ke negara ini akhirnya terbongkar apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan empat cubaan penyeludupan dalam beberapa siri serbuan baru-baru ini.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim berkata, keseluruhan rampasan dalam empat serbuan itu dianggarkan bernilai RM645,832 dengan jumlah cukai sebanyak RM196,173.

“Modus operandi yang digunakan amat berbeza antara satu kes dengan kes lain. Ada yang mengikrarkan kuantiti barangan tidak benar, ada yang menyimpan rokok dan minuman keras dalam but kereta, malah ada juga yang menjadikan rumah sebagai stor simpanan,” katanya dalam sidang akhbar di Stor JKDM Padang Besar di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan pertama dilakukan pada 5 Mei lalu apabila sepasukan anggota kastam menyita 28 tan ayam sejuk beku bernilai RM266,076 yang dibawa masuk dari Thailand tanpa pengikraran betul di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Padang Besar.

“Kita turut menyita sebuah lori bersama kontena yang dianggarkan bernilai RM155,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya.

Tambah beliau, serbuan kedua dilakukan pada 17 Mei lalu kira-kira pukul 2.15 pagi di Taiping, Perak, melibatkan rampasan 24,210 batang rokok dan 113.25 liter minuman keras yang disembunyikan dalam tiga buah kereta berasingan.

“Barangan itu dianggarkan bernilai RM11,173.20 dengan cukai berjumlah RM19,681.41. Seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang dipercayai dalang utama turut ditahan,” katanya.

Menurut Ismail, serbuan ketiga pula dilakukan pada hari yang sama di Sungai Petani, Kedah, yang menyaksikan rampasan 73,040 batang rokok putih dan kretek bernilai RM23,574, dengan cukai RM50,563.80.

“Premis itu dijadikan pusat penyimpanan sebelum rokok diedarkan ke pasaran tempatan,” jelasnya.

Katanya lagi, serbuan keempat dilakukan pada 20 Mei lalu di Pelabuhan Klang, Selangor selepas pihaknya menerima maklumat risikan mengenai dua buah kontena dari China.

“Pemeriksaan mendapati kontena tersebut mengandungi 7,526 unit tayar motosikal bernilai RM345,009, namun tidak diikrarkan dengan betul dan lengkap. Cukai terlibat pula berjumlah RM125,928.29,” katanya.

Ismail menegaskan, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan yang bukan sahaja menjejaskan hasil negara, malah memberi risiko kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan