Sarawak terajui tenaga hijau, sasar jadi hab serantau

KUCHING – Sarawak terus mengorak langkah menjadi peneraju tenaga hijau apabila kerajaan negeri giat melaksanakan pelbagai projek tenaga boleh diperbaharui termasuk hidroelektrik, hidrogen dan solar.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata usaha itu sejajar dengan komitmen Sarawak dalam mengurangkan pelepasan karbon serta melindungi alam sekitar.

“Kita mahu menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau serantau. Antara tumpuan utama ialah projek hidrogen hijau, empangan hidroelektrik dan pembangunan solar secara berperingkat,” katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan Sarawak juga menerima pelaburan daripada syarikat antarabangsa yang berminat menjadikan Sarawak sebagai pembekal tenaga bersih jangka panjang.

“Empangan hidroelektrik seperti Bakun dan Murum menyumbang kepada grid tenaga negeri, manakala teknologi hidrogen hijau sedang dibangunkan untuk kegunaan tempatan dan eksport,” ujarnya.

Beliau berkata, inisiatif tenaga hijau turut menjana peluang pekerjaan serta meningkatkan keupayaan teknologi tempatan.

“Dengan dasar mesra alam dan perancangan teratur, Sarawak berada di landasan tepat sebagai contoh pembangunan mampan di rantau ini,” katanya.

FOTO: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi