Polis Marin gagalkan seludup 25 migran ke Sabah

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya memintas dua bot yang membawa 25 penumpang dipercayai memasuki perairan negara di Pulau Boheian, di sini, pada Isnin.

Komandernya, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, kesemua migran yang masuk tanpa kebenaran itu ditahan menerusi Operasi Taring Gelora yang dilaksanakan pasukannya.

Katanya, turut dibuat rampasan termasuk bot bernilai RM65,237.00.

“Sejak Januari hingga semalam, sebanyak 25 Kes Akta Imigresen dan Atipsom direkodkan membabitkan 66 tangkapan dan rampasan RM636,505.69.

“Kita memandang serius perkara ini terutama di kawasan Pantai Timur Sabah,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Sehubungan itu, Nazri menyeru kerjasama orang awam membanteras kegiatan penyeludupan terbabit dengan menyalurkan maklumat berkaitan ke Facebook rasmi atau Bilik Gerakan PPM Wilayah 4 Sabah di talian 088-454819.

Related Posts

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

MUKAH – Perairan Mukah dipilih sebagai lokasi Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Tahap 3 2026 yang menghimpunkan 160 peserta daripada 20 agensi bagi menguji kesiapsiagaan kecemasan maritim.  Latihan berskala besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

KUCHING – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan merakam video dengan niat mengaibkan kehormatan seorang wanita di Festival Makanan Kuching MBKS, pada Sabtu malam lalu.   Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang