Majlis Raya-Gawai satukan komuniti OUM Miri dalam suasana harmoni

MIRI – Lebih 200 tetamu hadir memeriahkan sambutan “Raya Sama-Sama Mantar Gawai” anjuran Open University Malaysia (OUM) Pusat Pembelajaran Miri, yang berlangsung meriah pada Ahad.

Majlis berkenaan diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak sebagai simbol perpaduan serta penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Miri, Zuliana Muktar berkata, penganjuran program itu mencerminkan nilai kekeluargaan, kebersamaan serta penghormatan terhadap warisan budaya, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Gabungan sambutan Aidilfitri dan Gawai seperti ini memberi makna besar dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Semangat ini yang ingin kita pupuk sebagai sebahagian daripada komitmen kita dalam membina jaringan yang lebih kukuh antara institusi dan komuniti,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga OUM, termasuk pelajar dan alumni yang sentiasa menyokong usaha menjadikan institusi itu sebagai pelopor dalam pendidikan terbuka dan jarak jauh selama 25 tahun.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh warna-warni itu turut diserikan dengan pemakaian busana tradisional, pelbagai juadah perayaan, persembahan kebudayaan dan aktiviti interaktif melibatkan komuniti setempat.

Program berkenaan juga bertepatan dengan sambutan Jubli Perak OUM yang menandakan kejayaan institusi itu sepanjang 25 tahun penubuhannya.

Turut Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad; Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Pengalaman Pembelajar & Teknologi) OUM, Dr Santhi Raghavan; Pendaftar OUM, Dr Fatma Sulaiman; serta Pengurus RTM Miri, Saiful Arini.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat