Pengusaha disaran daftar taska, pastikan pengasuhan pada tahap baik – Nancy

TAWAU – Semua pengusaha TASKA yang masih belum mendaftar diseru untuk tampil segera berbuat demikian agar sistem pengasuhan dan penjagaan awal kanak-kanak di negara ini pada tahap yang baik.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha itu sebagai komitmen pengusaha memastikan semua peruntukan undang-undang dipatuhi.

“Kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan sentiasa bersedia membantu dan mempermudah proses pendaftaran agar lebih banyak TASKA beroperasi secara sah seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang demi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

“Dengan pendaftaran TASKA, sudah tentu dapat menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa buat kanak-kanak,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Plak TASKA Berdaftar Sabah di TASKA Superkids Tawau di sini, pada Sabtu.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, Farah Adura Hamidi.

Menurut Nancy, sebanyak 230 buah plak TASKA Berdaftar akan diedarkan di seluruh Sabah yang melibatkan 196 buah TASKA Institusi, 17 buah TASKA di rumah, 16 buah TASKA tempat Kerja dan sebuah TASKA Komuniti.

“Sebanyak 3,198 buah TASKA telah
berdaftar di seluruh negara dan 230 buah terletak di negeri Sabah.

“Semua TASKA berdaftar akan menerima Plak sebagai bukti pendaftaran mereka telah berjaya dan plak ini hendaklah dipasang atau ditampal di tempat yang mudah dilihat di bahagian luar premis TASKA.

“Ini bagi memudahkan ibu bapa dan masyarakat mengenal pasti TASKA yang berdaftar dengan mudah selain daripada membuat semakan di laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di www.jkm.gov.my,” ujarnya.

Related Posts

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

TEMERLOH – Seorang pemandu lori didakwa membunuh empat individu dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer (KM) 110.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pada 31 Ogos lalu. Menurut laporan Berita Harian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah berharap penyelesaian tuntutan hak 40 peratus hasil bersih yang diperuntukkan kepada negeri itu dapat disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak