Hampir 4 juta warga asing nikmati subsidi bahan api – Anwar

JOHOR BAHRU – Negara terpaksa menanggung sehingga hampir RM4 bilion akibat daripada pemberian subsidi kos bahan api kepada kira-kira 4 juta warga asing yang menetap di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah yang terlalu tinggi itu menyebabkan langkah melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan api sebagai tindakan wajar bagi membendung ketirisan.

“Ada yang mencadangkan agar kerajaan menaikkan harga minyak dan meneruskan pemberian subsidi kepada semua rakyat Malaysia.

“Namun, kita terpaksa tolak. Kerana bagi kita keputusan menghapuskan subsidi kepada lima peratus golongan kaya-raya di Malaysia serta warga asing adalah langkah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar, serta barisan kepimpinan parti.

Justeru Anwar meyeru orang ramai agar tidak menolak pelaksanaan rasionalisasi bahan api kerana kebanyakan rakyat negara ini tidak akan terlibat secara langsung.

Menurut beliau, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai subsidi tertinggi dan perkara itu seharusnya dinilai daripada sudut positif yang mana ia bertujuan melindungi hak rakyat yang berkelayakan.

“Selain itu, kerajaan juga akan meneliti isu yang dibangkitkan berkaitan denda untuk e-invois. Langkah itu perlu bagi menutup ketirisan.

“Namun kerajaan berjanji akan menambah baik pelaksanaan agar tidak membebankan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ditanya mengenai pemilihan parti, beliau menjawab keputusan menunjukkan para perwakilan telah menolak kaedah ‘cai’ (senarai calon pilihan) sebelum pemilihan berlangsung.

Related Posts

PH perkukuh jentera sendiri menjelang PRN Negeri Sembilan

PAKATAN Harapan (PH) akan terus menumpukan usaha memperkukuh jentera dan organisasi parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), tanpa bergantung kepada kelemahan atau masalah yang dihadapi pihak lawan. Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri lancar NIES, mengakar budaya integriti

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI menerusi Institut Integriti Malaysia melancarkan Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (National Integrity Enculturation Strategy – NIES). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NIES merupakan satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan peruntuk geran lebih RM36 juta perkukuh Rukun Negara, Patriotisme dan Integriti Nasional

Kerajaan peruntuk geran lebih RM36 juta perkukuh Rukun Negara, Patriotisme dan Integriti Nasional

PH perkukuh jentera sendiri menjelang PRN Negeri Sembilan

PH perkukuh jentera sendiri menjelang PRN Negeri Sembilan

Perdana Menteri lancar NIES, mengakar budaya integriti

Perdana Menteri lancar NIES, mengakar budaya integriti

Belanjawan 2027 bakal tentukan hayat kerajaan Perlis?

Belanjawan 2027 bakal tentukan hayat kerajaan Perlis?

Pengundi muda perlu celik politik, bukan sekadar ikut sentimen

Pengundi muda perlu celik politik, bukan sekadar ikut sentimen

Haqi Bangsawan X juara futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026

Haqi Bangsawan X juara futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026