Projek kereta kabel Bukit Bendera dibiayai swasta tanpa perbelanjaan kerajaan – PBBPP

GEORGE TOWN – Projek Kereta Kabel Bukit Bendera tidak melibatkan sebarang perbelanjaan daripada Kerajaan Negeri, sebaliknya dibiayai sepenuhnya oleh syarikat konsesi melalui Inisiatif Kewangan Swasta, tegas Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP).

Dalam satu kenyataan, PBBPP menjelaskan bahawa projek itu telah dianugerahkan kepada Hartasuma Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang berpengalaman dalam industri rel, melalui Perkongsian Awam-Swasta (PPP) dengan model reka bentuk, kewangan, bina, kendali dan pemindahan (DFBOT).

Menurut kenyataan itu, konsesi diberikan selama 30 tahun bermula dari tarikh pelaksanaan projek.

“Pemilihan Hartasuma dibuat melalui proses Request for Proposal (RFP) yang diumumkan pada 14 Disember 2022.

“Syarikat itu bekerjasama dengan Doppelmayr Seilbahnen GmbH dari Austria, yang merupakan peneraju global dalam teknologi ropeway,” katanya.

Tambah kenyataan itu, nilai pelaburan projek dianggarkan sebanyak RM245 juta, berdasarkan penilaian kos semasa RFP dimulakan pada 2021 dengan mengambil kira cabaran ekonomi pasca COVID-19, termasuk inflasi, kenaikan harga bahan dan buruh serta pelarasan jajaran laluan bagi memastikan daya tahan jangka panjang sistem tersebut.

Pembinaan projek ini melibatkan beberapa komponen termasuk Stesen Utama Garden Station berhampiran Taman Botani Pulau Pinang, Turn Station, Hill Station di puncak Bukit Bendera, tempat letak kereta bertingkat dengan plaza komersial, serta kawasan parkir bas dan hentian bas.

“Projek ini akan dilaksanakan secara teliti bagi memastikan kesesuaian dengan alam sekitar dan keharmonian landskap.

“Ia merupakan projek strategik yang dijangka memberi impak besar kepada industri pelancongan negeri dan membawa manfaat sosioekonomi kepada masyarakat setempat,” katanya.

Selain itu, kereta kabel berkenaan turut dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Taman Botani, terutama pada musim puncak, selain meningkatkan kemudahan untuk penduduk dan pelancong.

“PBBPP dan Hartasuma kekal komited untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar serta manfaat ekonomi jangka panjang, sejajar dengan status Bukit Bendera sebagai Rizab Biosfera UNESCO.

“Projek ini turut berperanan sebagai laluan alternatif ketika kecemasan dan diharap dapat memperkukuh lagi daya tarikan Bukit Bendera sebagai destinasi pelancongan utama di Pulau Pinang,” tambah kenyataan itu lagi.

Related Posts

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Penyelidikan berkaitan Sabah perlu mempunyai hubungan lebih dekat dengan keperluan masyarakat, industri dan pembangunan negeri bagi memastikan hasil kajian memberi impak praktikal. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz