Nurul Izzah seperti seorang ibu, tegas tapi penuh kasih sayang

JOHOR BAHRU – Seorang individu orang kurang upaya (OKU), Feyzi Rayhan Kamal, 32, melahirkan rasa terharu dan kagum terhadap keperibadian Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Menurut Feyzi, dia berpeluang bertemu dengan Naib Presiden PKR itu dalam satu program parti dan teruja apabila Nurul Izzah datang sendiri menghampirinya untuk bertanya khabar dan bergambar.

Lebih menyentuh hati, katanya, Nurul Izzah turut memberikan kata-kata semangat kepada dia.

“Saya rasa Nurul Izzah ni seorang yang inklusif, dia tak kisah dia menyantuni semua.

“Macam walaupun saya OKU macamni bila dia nampak saya dia terus datang dekat saya terus nak bergambar saya bergambar dengan dia, dia okay. Itu baguslah.

“Dia cakap kuatkan semangat, dalam parti ni tak kisah macam mana pun kita sama-sama,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press ketika berlangsungnya Pemilihan PKR 2025/2028 di Johor Bahru pada Jumaat.

Nurul Izzah hadir ke Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2025, di Hotel Berjaya Waterfront, pada Jumaat.

Pemilihan kepimpinan baharu PKR bagi sesi 2025 hingga 2028 bermula hari ini bersempena Kongres Nasional parti itu.

Sebanyak 251 calon bertanding, melibatkan 104 pencalonan bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), 85 calon AMK dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.

Mengulas tentang sifat kepimpinan Nurul Izzah, Feyzi menyamakan sosok pemimpin wanita itu dengan seorang ibu.

“Saya nampak Nurul Izzah ni seperti seorang ibu sebab dia ada sifat keibuan macam penyayang dan dia tak agresif tapi nampak macam ‘soft’. Kita pun lembut hati.

“Dalam kepimpinan tu memang tegas tapi bila kita tengok dari luar ‘side’ tu kita nampak satu sosok ibu,” katanya.

Baginya kombinasi ketegasan dan kelembutan itulah yang menjadikan Nurul Izzah calon sesuai untuk menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden.

“Saya harapkan satu je, contoh saya OKU kan, saya harap suara OKU ni lebih didengari lah tak kisah dari segi kerajaan atau parti sekalipun semoga OKU ni didengari apa yang kita punya matlamat dan impian kita. Contohnya macam peluang pekerjaan dan lain-lain,” ujarnya.

Related Posts

Politik sentimen tidak lagi memadai tarik pengundi

KANGAR – Politik berasaskan sentimen semata-mata dilihat semakin kurang berkesan dalam mempengaruhi pengundi yang kini lebih cenderung menilai fakta, data dan prestasi sesebuah parti politik. Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK sasar lima calon muda di Johor, Negeri Sembilan

KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyasarkan sekurang-kurangnya lima calon muda untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan datang. Timbalan Ketua AMK Malaysia, Muhammad Izuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

Sabah catat penurunan 5.9 peratus kadar penagih, penyalahgunaan dadah serta bahan

Sabah catat penurunan 5.9 peratus kadar penagih, penyalahgunaan dadah serta bahan

Regatta Lepa ke-31 dijangka tarik 50,000 pengunjung ke Semporna

Regatta Lepa ke-31 dijangka tarik 50,000 pengunjung ke Semporna

355 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan KESUMA

355 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan KESUMA

Pelebaran jalan Taman Sri Lagenda langkah positif, namun belum cukup atasi kesesakan – Vivian

Pelebaran jalan Taman Sri Lagenda langkah positif, namun belum cukup atasi kesesakan – Vivian

Pemansuhan caj ATM RM1: Langkah kecil, impak besar kepada rakyat

Pemansuhan caj ATM RM1: Langkah kecil, impak besar kepada rakyat