Laluan Bas Q06M Saujana-Kg Benuk mula operasi, 6 bas baharu mesra OKU disediakan

KUCHING – Penduduk sekitar Saujana hingga Kampung Benuk kini menikmati kemudahan pengangkutan awam lebih selesa dengan pengoperasian laluan baharu BAS.MY Kuching Q06M yang bermula hari ini.

Laluan sejauh 36 kilometer itu melibatkan 54 perhentian bas dan menggunakan enam buah bas baharu yang turut mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian berkata, pengoperasian laluan baharu itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat.

“Perkhidmatan ini memudahkan urusan harian penduduk termasuk ke tempat kerja, sekolah dan pusat bandar,” katanya selepas melakukan tinjauan bersama Pengarah LPKP Sarawak, Cornelia Wong Chui di perhentian bas SJK Chung Hua Batu 10 pada Khamis.

Perkhidmatan bas beroperasi dari 5.30 pagi hingga 7.30 malam pada Isnin hingga Jumaat, dengan kekerapan setiap satu jam dan 30 minit pada waktu puncak.

Manakala hujung minggu, bas mula beroperasi dari jam 6.30 pagi hingga 8.30 malam.

Tambang bas ditetapkan antara RM0.90 hingga RM3.70 bergantung kepada jarak perjalanan dan boleh dibayar menggunakan kad debit, kad kredit, e-dompet atau tunai.

Orang ramai turut digalakkan memohon Kad Konsesi BAS.MY yang menawarkan tambang percuma kepada OKU, warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah dan mahasiswa warganegara Malaysia.

Selain itu, pas perjalanan tanpa had selama 30 hari turut ditawarkan pada harga RM50 untuk semua warganegara Malaysia di semua laluan BAS.MY Kuching.

Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal di laluan Q06M diseru agar memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia ini sepenuhnya.

Jadual perjalanan dan maklumat lanjut boleh dirujuk di laman Facebook rasmi LPKP Sarawak dan BAS.MY Kuching.

Related Posts

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

LIMBANG – Rakyat diseru untuk terus mengekalkan kestabilan politik bagi menjamin kesinambungan kemasukan pelaburan, kelancaran ekonomi serta pelaksanaan projek infrastruktur yang mampan di Sarawak. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh

Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh