Umum ‘chai’, JPP keluarkan amaran kepada Rafizi

JAWATANKUASA Pemilihan Pusat (JPP) PKR telah mengeluarkan amaran keras kepada penyandang Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli, susulan pengumuman senarai calon pilihannya atau ‘chai’ menjelang pemilihan parti pada Jumaat ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, pengumuman tersebut dianggap melanggar garis panduan berkempen yang telah ditetapkan oleh JPP.

“Kita sudah menegaskan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bahawa JPP akan mengambil tindakan ke atas mana-mana aduan termasuk kempen sendiri.

“Buat masa ini, JPP akan memberikan amaran keras kepada pihak-pihak yang terbabit,” katanya menurut Berita Harian pada sesi taklimat media sempena Kongres Nasional PKR, di Johor Bahru.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil dan Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Datuk Ahmad Kasim.

Rafizi mencetuskan perhatian apabila mengumumkan secara terbuka senarai calon pilihannya atau ‘chai’ menjelang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang dijadual berlangsung pada Jumaat.

Pengumuman tersebut melibatkan beberapa jawatan penting dalam parti, termasuk persaingan bagi empat jawatan Naib Presiden. Daripada 12 calon yang disahkan bertanding, Rafizi menyenaraikan empat individu sebagai pilihannya.

Mereka ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun; serta Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, G Manivanan.

Walaupun penggunaan senarai chai dalam bentuk digital dibenarkan dalam skala terhad, tindakan Rafizi mengumumkannya secara terbuka dan agresif di laman Facebook miliknya menimbulkan kontroversi, kerana ia dianggap mempunyai unsur kempen berkumpulan satu bentuk kempen yang dilarang tegas oleh garis panduan pemilihan parti.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik