Pembelian 15 Toyota Camry baharu jimatkan kos penyelenggaraan – Kon Yeow

GEORGE TOWN – Di sebalik kritikan pelbagai pihak berhubung isu pembelian kenderaan rasmi baharu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tampil mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri terhadap pembelian 15 buah Toyota Camry 2.5 (AT) (CBU) baharu untuk kegunaan barisan Exco dan pegawai kanan pentadbiran.

Menurutnya, pembelian kenderaan itu adalah sebahagian daripada dasar tetap Kerajaan Negeri bagi menggantikan kereta rasmi setiap enam tahun sekali demi menjimatkan kos penyelenggaraan serta menjamin keselamatan pengguna.

Beliau berkata, kali terakhir kenderaan rasmi dibeli pada tahun 2019 dan kini sudah memasuki tahun keenam penggunaan.

“Kerajaan Negeri membeli kenderaan baharu setiap enam tahun untuk mengurangkan kos penyelenggaraan.

“Kenderaan lama yang masih berfungsi diletakkan dalam kumpulan (pool) untuk kegunaan pegawai jika diperlukan.

“Namun, kenderaan dalam kumpulan tersebut tidak mencukupi dan kos penyelenggaraannya juga semakin meningkat,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata, kenderaan yang telah berusia lima tahun dan mempunyai jarak perjalanan tinggi boleh menjejaskan aspek keselamatan serta melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Purata kos baik pulih bagi setiap kenderaan untuk Exco dan pegawai mencecah RM42,144 berikutan keperluan menukar komponen yang sudah haus.

“Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri telah membelanjakan hampir RM650,000 bagi penyelenggaraan kenderaan-kenderaan berkenaan,” jelasnya.

Tambah Kon Yeow, amalan menukar kenderaan rasmi setiap enam tahun telah dimulakan sejak tahun 2013.

Kerajaan Pulau Pinang membeli 15 buah Toyota Camry baharu dengan kos keseluruhan RM3.31 juta.
Kerajaan Pulau Pinang membeli 15 buah Toyota Camry baharu dengan kos keseluruhan RM3.31 juta.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan pembelian 15 buah Toyota Camry baharu dengan kos keseluruhan RM3.31 juta.

Daripada jumlah itu, 10 buah diperuntukkan kepada Exco Kerajaan Negeri, tiga kepada ahli ex-officio, manakala masing-masing satu unit untuk Speaker dan Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang.

Kenderaan berkenaan dilaporkan telah diterima dua bulan lalu.

Sebelum ini, pembelian kereta baharu itu menerima kritikan pelbagai pihak yang mempersoalkan kewajarannya ketika negeri dilaporkan berdepan kekangan kewangan.

Bagaimanapun, Kon Yeow menegaskan bahawa keputusan itu dibuat dengan mengambil kira aspek keselamatan, kos jangka panjang dan keperluan operasi pentadbiran Kerajaan Negeri.

Related Posts

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

IPOH – Penemuan pelbagai jenis dadah di lokap Balai Polis Lumut, membawa kepada penahanan seorang anggota polis berpangkat konstabel bagi membantu siasatan, pada Selasa lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

SARATOK – Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah tong gas di sebuah rumah panjang di Awik  bagi mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan