Fahmi optimis pemilihan PKR kali ini tidak jejaskan parti

JOHOR BAHRU – Meskipun beberapa isu panas mulai kedengaran pada pemilihan PKR kali ini, namun proses demokrasi parti berkenaan diyakini mampu berlangsung dengan baik.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil yang menyangkal spekulasi kemungkinan terjadinya kekecohan luar biasa seperti pernah berlaku pada pemilihan PKR 2022 sebelum ini.

“Saya lihat PKR seperti sebelum ini pernah lalui zaman perpecahan akibat daripada pengkhianatan, itu antara zaman paling gelap dan paling kelam bagi parti. Tapi kita dapat laluinya.

“Kita berjaya membentuk kerajaan melalui Kerajaan Perpaduan, Alhamdulillah. Jadi saya tak jangka (perkara buruk dalam parti) boleh berlaku separah itu kerana kali ini tiada pengkhianatan yang pernah seburuk dan sejahat seperti apa yang pernah dilakukan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Terdahulu, sidang media itu turut disiarkan secara langsung di platform Facebook rasmi milik beberapa media massa.

Ujar Fahmi, PKR mempunyai turut pendekatan tersendiri bagi menyantuni calon-calon yang tidak berjaya dalam pemilihan sesi 2025 hingga 2028.

“Saya percaya selepas pemilihan ini dalam tempoh sebulan dua, pimpinan akan turun ke cabang-cabang negeri untuk rapatkan saf, eratkan semula silaturahim.

“Parti sentiasa fikir cara untuk kumpul, rangkum dan dibawa bersama seluruh kekuatan dan akan disediakan ruang dan peluang, mungkin jawatan atau fungsi tertentu (kepada calon tewas) supaya semua yang bertanding masih boleh bersama perti sumbang idea dan tenaga terutama di peringkat pusat.

“Meskipun daripada kumpulan berbeza, kami duduk semeja dan berbincang demi kekuatan parti. Ini petanda baik bahawa semua pihak mahu melihat PKR terus utuh dan bersatu,” katanya.

Pemilihan PKR 2024/2025 bakal berlangsung malam ini dengan perasmian sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita akan disempurnakan oleh Setiausaha Agung, Fuziah Saleh, selepas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli membatalkan kehadirannya.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik