MARA, Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan tenaga

KUCHING  Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak dalam bidang pendidikan dan tenaga, termasuk hidrogen, bagi melahirkan tenaga kerja mahir tempatan.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu akan dijadikan hab latihan serantau dalam sektor tenaga konvensional dan hijau, selaras dengan aspirasi Sarawak sebagai hab tenaga baharu.

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada anak-anak Sarawak melalui program pendidikan dan latihan kemahiran seperti IKM dan GiatMARA,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, pelan induk pembangunan IKM Bintulu dijangka dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan dan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

Buat pertama kali, mesyuarat penuh Majlis MARA turut diadakan di Sarawak, dan sebanyak RM3 juta diluluskan untuk menaik taraf fasiliti MARA di Bintulu hasil sesi libat urus bersama pelajar.

“MARA komited menyediakan kemudahan terbaik dan memastikan pelajar terus maju,” tegas beliau.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

MUKAH – Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Perikanan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM6.75 juta bagi program tukun tiruan di perairan daerah ini sejak 1998. Inisiatif berterusan yang dilaksanakan itu bertujuan memperkukuh isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

MUKAH – Pengguna dinasihatkan agar berwaspada terhadap penjualan lambakan ikan yang ditangkap menggunakan kaedah pengeboman di pasaran negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, ikan berkenaan sarat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat