15 pintu Rumah Panjang Nanga Kesit musnah dalam kebakaran

ENGKILILI – Sebanyak 15 pintu Rumah Panjang Rh Lintong di Nanga Kesit, Lemanak musnah dalam satu kebakaran yang berlaku sekitar jam 10 pagi tadi.

Menurut Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.03 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian, dengan bantuan pasukan dari Sri Aman.

Seramai 20 anggota diketuai Komander Operasi, Muhammad Badrulamin Mohamad Fodzi dikerah ke lokasi bagi menjalankan kerja pemadaman.

“Rumah panjang jenis dua tingkat berstruktur separuh kekal itu musnah 100 peratus dalam kebakaran tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, semua penghuni dilaporkan berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.

Operasi pemadaman masih diteruskan menggunakan sumber air terbuka dari sungai berhampiran.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam