Hargai ketulusan PH, Anwar peka terhadap isu Sabah – Armizan

PAPAR – Pakatan Harapan (PH) wajar diberikan penghargaan atas komitmen mereka mempertahankan kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika negeri ini berdepan cubaan menjatuhkan kerajaan sebelum ini.

Timbalan Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pendirian PH ketika itu amat jelas dan ikhlas dalam memastikan kestabilan politik negeri dapat dikekalkan.

“Kita hargai komitmen mereka. Pada waktu ada pihak yang berusaha menjatuhkan Ketua Menteri, PH tampil secara sukarela untuk memastikan Datuk Seri Panglima Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri terus stabil. Itu wajar kita ingat dan hargai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Malam Citra Tradisi di Langkah Syabas Resort, di sini pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, Armizan turut melahirkan rasa puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan lebih peka terhadap isu serta kepentingan Sabah berbanding pentadbiran-pentadbiran sebelum ini.

“Kalau kita nilai semula, bila rakyat Sabah bercakap soal hak negeri, soal kuasa, soal hasil dan Anwar Ibrahim adalah antara Perdana Menteri yang paling cepat respon dan ambil tindakan.

“Saya bukan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, tetapi saya menjadi saksi kepada beberapa langkah penting yang beliau ambil sejurus menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Antaranya termasuklah penyaluran pemberian khas kepada negeri, pemulangan kuasa kawal selia bekalan elektrik dan gas kepada Kerajaan Negeri, serta kebenaran perolehan projek Persekutuan oleh agensi negeri.

“Agensi Perbendaharaan kini beri kuasa kepada jabatan negeri melaksanakan projek bernilai hingga RM50 juta. Itu bukan sesuatu yang mudah.

“Kalau ikut sebelum ini, projek RM70,000 pun ada agensi yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Tapi Anwar serah terus kepada JKR, JPS Sabah, ini satu bentuk kepercayaan yang besar,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyentuh pelantikan wakil Sabah dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai satu lagi bukti komitmen Putrajaya dalam menghormati suara negeri.

“Dalam tempoh dua tahun lebih, banyak kemajuan telah dicapai. Walaupun tidak semua permintaan dilaksanakan sepenuhnya, tetapi yang penting ialah keikhlasan dan kemahuan politik yang ditunjukkan,” katanya.

Armizan turut mengingatkan semua pihak agar tidak lupa menghargai usaha yang sedang dilakukan oleh kepimpinan Persekutuan.

“Kadang-kadang, perlu juga ada rasa syukur dan ucapan terima kasih. Jangan sampai Perdana Menteri rasa seperti apa yang beliau buat tidak dihargai.

“Kalau itu terjadi, nanti dia pun akan rasa, tak perlulah kita buat lebih kalau usaha kita tidak dihargai,” tegasnya.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak