DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

KULAI – DAP bersedia menjalinkan kerjasama utuh kepada mana-mana pemimpin PKR meskipun individu berkenaan merupakan muka baharu dalam jawatan berkenaan.

Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata, ia sebagai bukti DAP sentiasa bersikap rasional dan menghormati sebarang keputusan dibuat akar umbi parti berkenaan.

“Kami selaku DAP sedia bekerjasama dengan semua pemimpin daripada PKR. Tujuan kita wujudkan gabungan Pakatan Harapan ini adalah untuk memajukan Malaysia.

“Di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita mahu Malaysia Madani ini menjadi sebuah negara yang maju daripada segi ekonomi dan infrastruktur, namun dalam masa sama mewujudkan masyarakat inklusif serta harmoni.

“Ini semangat MADANI yang kita mahu. Jadi bagi saya, pemilihan parti itu adalah perkara biasa. Kita semua dalam situasi politik matang dan saya sedia hormati keputusan ahli mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Nanba di Dewan Serbaguna Taman Mewah, di sini, hari ini.

Program turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah JKOM, Suwadi Guliling dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Bor Yang.

Related Posts

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk