Tular video aksi ‘wheelie’ dan terbabas, remaja 17 tahun diberkas polis

TAWAU – Susulan video tular menunggang motosikal secara berbahaya sehingga terbabas di Jalan Chong Thien Vun, seorang remaja berumur 17 tahun berjaya diberkas disyaki terlibat dalam aktiviti terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, video berdurasi 9 saat berkenaan merakamkan beberapa penunggang motosikal melakukan lumba haram.

“Salah seorang penunggang motosikal menunggang dengan laju sambil melakukan aksi ‘wheelie’ telah hilang kawalan lalu terbabas dan melambung di tengah jalan Chong Thein Vun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 10 Mei lepas pukul 11.30 malam,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Jelas Jasmin, bertindak atas maklumat, remaja berkenaan berjaya ditahan pada Rabu selain merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR berserta helmet warna merah dari sebuah rumah di Tanjung Batu Laut yang digunakan semasa lumba haram pada malam tersebut.

“Siasatan lanjut mendapati, remaja tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan telah menggunakan motosikal yang dipinjam dari kawannya pada malam kejadian.

“Polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan melulu dan membahayakan, Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu dan Seksyen 90(1) iaitu tidak dilindungi insurans,” katanya.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh