Projek naik taraf empat fasiliti pelancongan akan dilaksana di Sepilok – Christina Liew

SANDAKAN – Empat projek penaiktarafan fasiliti pelancongan akan dilaksanakan di Sepilok, Sandakan pada tahun 2025 sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Christina Liew berkata, projek-projek tersebut merangkumi dua inisiatif di bawah pembiayaan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM750,000 manakala dua lagi dibiayai Kerajaan Sabah dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

“Kerajaan Negeri komited memastikan kemudahan pelancongan berada dalam keadaan terbaik, selamat, mesra alam dan berstandard tinggi.

“Usaha ini juga memberi nilai tambah kepada pengalaman pelawat serta memelihara ekosistem untuk jangka panjang,” katanya kepada media semasa Lawatan Kerja Rasmi ke SOURC dan BSBCC, di sini pada Rabu.

Tambahnya, peranan penting SOURC sebagai antara pusat pemulihan tertua di dunia sejak penubuhannya pada 1964 manakala BSBCC merupakan satu-satunya pusat pemuliharaan beruang madu di dunia yang juga berfungsi sebagai pusat perlindungan, pendidikan dan penyelidikan.

“Penaiktarafan infrastruktur kedua-dua pusat ini dijangka menarik lebih ramai pelawat tempatan dan antarabangsa serta meningkatkan kesedaran terhadap usaha konservasi biodiversiti di Borneo.

“Usaha penaiktarafan ini juga selaras dengan komitmen Sabah dalam memajukan eko pelancongan mampan, di mana pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan ekonomi dapat bergerak seiring,” katanya.

Beliau berkata, Sandakan sebagai sebuah destinasi pelancongan alam semula jadi yang unik dan luar biasa dengan kepelbagaian spesies hidupan liar yang dilindungi dalam hutan hujan tropika berusia lebih 130 juta tahun antara yang tertua di dunia.

“Sandakan sangat diberkati. Tempat-tempat ini adalah anugerah Tuhan.

“Tidak semua negara memiliki hutan seperti ini yang menjadi habitat kepada pelbagai spesies luar biasa. Inilah kekuatan kita dalam sektor pelancongan luar biasa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sabah serta pelancong dari negara-negara jiran seperti Indonesia dan Brunei untuk menjadikan Sandakan sebagai destinasi utama menjelang TMM 2026.

“KePKAS sedang berusaha mewujudkan laluan penerbangan antarabangsa terus ke Sandakan serta terus menyokong pelancongan domestik melalui pelbagai aktiviti dan promosi di kawasan sekitar seperti Kota Kinabatangan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyatakan kekaguman terhadap khazanah alam Sandakan.

“Sandakan sangat diberkati dengan hidupan orang utan, beruang madu dan banyak lagi.

“Semua ini sangat dekat satu sama lain, satu keajaiban semula jadi yang tidak mudah ditemui di tempat lain di dunia. Ini adalah pemberian Tuhan.

“Di mana lagi anda mahu pergi? Datanglah ke Sabah dan jangan hanya ke Kota Kinabalu datang juga ke Sandakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha petugas-petugas di pusat pemuliharaan yang terus melindungi spesies terancam dan menggesa orang ramai menyokong usaha agensi kerajaan dalam memelihara biodiversiti Borneo.

“Saya berharap agensi kerajaan dan pengurus pusat ini dapat terus melindungi hidupan ini.

“Pelawat juga perlu menyokong usaha ini supaya kita dapat berkembang dengan lebih yakin,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu berkongsi bahawa statistik pelancongan bagi tahun ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan ketibaan pelawat lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya satu petanda baik menjelang TMM 2026.

“Saya juga menyokong cadangan untuk mempromosikan aktiviti pelancongan dari Sandakan ke Kota Kinabalu supaya penduduk dua bandar ini dapat saling melawat semasa musim cuti,” ujarnya.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak